Jom CEK!

Tuesday, 9 August 2011

Merdeka

assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia..


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

tiap tahun saya laungkan kalimat itu pada hari kemerdekaan kita.. cuma diperingkat sekolah saja lar.. sudah lama saya tinggalkan peristiwa kemerdekaan iaitu saya berkumpul dengan berjuta manusia yang pelbagai bangsa sambil melaungkan kemerdekaan. masa malam juga, persembahan bunga api lar yang saya tunggu...
sekarang sudah 54 tahun kita menyambut kemerdekaan. sudah 1 abad  kita mengenang detik kemerdekaan itu.. kalau kamu cakap anak muda zaman sekarang ni penuh semangat untuk menyambut kemerdekaan, anda adalah penipu besar.. memang ada sahabat kita yang sangat cintakan tanah air, tapi spesis macam tu sebenarnya semakin pupus..
saya sedih... sangat-sangat sedih.. dimana harimau Malaya kita sudah.. mungkin perjuangan kita memerdekakan tanah air telah berakhir tapi memerdekakan jiwa dan minda kita masih banyak yang perlu diusahakan.. ibarat puisi Tun Dr Mahathir yang bertajuk perjuangan yang belum selesai..




lihat, bertabur air mata pejuang bapa kemodenan kita.. itu baru air mata pemimpin.. macam mana dengan pengikutnya.. betapa bertuahnya kita hidup Di Malaysia ini.. tiada peperangan tiada rusuhan.. tapi!! kenapa masih ada manusia yang tidak bersyukur.. WHY?? 
bertuahnya kita di Malaysia ini.. Kerajaan memberikan pelbagai kemudahan. orang yang miskin dibantu, para nelayan yang susah di tolong.. para pelajar semuanya di beri kelebihan.. betapa kerajaan sangat mengharapkan rakyatnya sedia memajukan tanah ini..
tapi dimana harimau Malaya kita.. adakah sudah pupus.. atau sedang sibuk mendengar lagu MTV di astro mengutarakan pelbagai lagu barat..

saya pernah mendengar monolog isi hati dari seorang pelajar.. dia kata dia ingin merdeka.. merdeka menjalani hidup disekolah.. tapi bukan begini, dia rasa terkurung.. dias rasa di sekolah ibarat penjara.. semua para guru menegakkan disiplin yang menyebabkan kebebasan dia terbatas.. dia datang ke sekolah mahu belajar, bukan mahu di rotan sebab dengan pakaian sekolah yang tidak sesuai..

lihat, kita masih belum merdeka.. kenapa wujud pandangan itu.. sedangkan sekolah lar tempat kita mengenal ABC.. sebab sekolah lar kita merasai kehidupan yang sempurna.. adakah sudah cukup didikan Ibu Bapa di rumah kita sehingga kita tidak mahu dibentuk disekolah.. jika benar kenapa kita masih tercalon nama-nama pelajar yang bakal dibuang sekolah.. sedangkan disekolah guru-guru adalah ibu bapa kedua kita.. tidakkah kita sedar bahawa mereka sangat sayangkan kita.. sedangkan mereka ada anak sendiri lagi yang ingin diurus.. kenapa kamu tidak mencari kemerdekaan itu.. kenapa tidak menjadi insan terbaik disekolah, mematuhi segala  peraturan dan menjadi bebas selamanya..

bangunlah wahai saudaraku.. kita laungkan kemerdekaan yang mencengkan hati kita.. bukan sekadar meriuhkan keadaan..percaya lar, air mata kita akan bertabur tanpa penyesalan kerana saat itu kita sedar bahawa kita adalah harimau Malaya yang akan memperjuangkan tanah air ini.. jangan biarkan sejarah berulang kemali.. sia-sia keringat pejuang mengorbankan nyawanya demi membebaskan tanah tercinta ini..


Selamat Hari Merdeka
MERDEKA yang sebenar-benarnya..








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...