wah, tahun ini sungguh unik.. bulan kemerdekaan kita sendiri terlanggar dengan sambutan hari raya.. satu keberkatan tu, buat negara Malaysia..
by the way, entry saya kali ini adalah untuk memberi promosi sepanjang bulan puasa ini..
TAWATAN HEBAT !
Bulan ramadhan sedang dalam proses
BIAR BETUL!! ( cara menyampaikan tu bergantung kpd keikhlasan )
Adakah anda sudah bersedia??
Saya Ulang!!
ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA
kalau gitu anda adalah orang yang kami cari :)
Adakah Ramadhan anda sebelum ini dan akan datang di penuhi seperti berikut:
1) tidur ndak ingat masa.
2) rajin menghabiskan makanan yang TERLALU banyak.
3) berkias2 dalam mencari alasan agar tidak melakukan
aktiviti yg berlebihan. PENAT!!
JIKA TAK!!
..jadikan Ramadhan anda kali ini sesuatu yang istimewa..
Ramadhan memberikan HADIAH terhebat
untuk anda menangi
Jangan risau kerana tiada cas dikenakan..
tak perlu susah2, anda hanya perlu
IKHLAS + RAJIN
antara acara yang dipertandingkan:
1) solat lima waktu 6) berdoa
2) solat sunat 7) solat witir
3) zikir 8) bertadarus
4) perbanyakkan baca al-Quran 9) sedekah
5) menahan nafsu 10) mempereratkan silaturahim
Dan yang special dan limited Edition:
> solat terawih
> berzakat.
antara hadiah yang dipertaruhkan...
> Anda akan mendapat bukan PAHA,bukan PALA,
bukan juga HALA. tapi
PAHALA
> selama pertandingan berjalan,akan dikurniakan
salah satu malam yang sangat mulia yakni
malam LAILATULQADAR
> Musuh utama anda juga, (rasanya lar) akan digari dan anda tidak akan digangu lagi..
> dan Banyak lagi.. ( penat menulis.. puasa pulakan)
Jadi apa tunggu lagi, bersama kita meriahkan bulan Ramadhan ini dengan amal ibadah kepada Allah. siapa tau mungkin ini terakhir buat kita. so, rebut lar peluang keemasan ini.
Tapi sebelum itu, untuk meng'SAH'kan puasa anda,sila jawab soalan2 berikut:
Lafazkan dua Kalimah Syahadah?
Dah cuba, mungkin agak susah(bagi yang lemah iman). yang berjaya Good Luck menyertai pertandingan ini.
masa pertandingan dikuatkuasakan ialah:
1 Ogas 2011 - 30 ogas 2011
(30 hari sahaja)
SELAMAT BERAMAL :)
untuk maklumat lanjut sila susah-susahkan para ustadz dan ustazah anda disekolah tau orang-orang agama yang berdekatan. hadiah jangan risau, boleh dituntut di akhirat kelak. Inyaallah~
No comments:
Post a Comment