ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH
salam sayang buat semua reader..
lama tak dengar cerita..
hehe, biasa la sibuk dengan STUDY..
SPM tinggal beberapa hari lagi ni, tu pasal kena fokus tu..
hari ini tiada apa yang saya nak cerita..
tapi adalah sesuatu yang baik yang boleh saya kongsikan..
amalan berkongsi itukan satu kebaikan, sama-sama merasai nikmatnya...
K I A M A T
satu kejadian yang setiap manusia di muka bumi ini harus beri perhatian..
saya tak kata kiamat akan berlaku..
ALLAHHUALAM, itu luar batas pengetahuan saya..
apa yang saya nak kongsi ialah
informasi yang saya peroleh dari sumber
memang lah padankan seorang ustadz yang lebih pakai dan arif tentang ini,
saya ni cuma sekadar manusia yang sentiasa mencari maklumat.
maklumat yang beliau sampaikan agak menarik dan berguna..
beliau menerangkan
22 tanda kiamat semakin hampir
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku,
gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak
memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar
.
Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal
serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong
sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih
kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak
mampu mencegahnya
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di
muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan
kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna,
sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa
(ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh
diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh
dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak
berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya
seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan
aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan
banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-
pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan
Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai
mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh
dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian,
bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan
perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak
sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku
pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan
agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang
tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan
melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang
miskin bermaksud meminta sedekah.
tiada apa yang boleh saya syarahankan setakat ini,
sebagai umat islam kita kena ambil iktibar dan persiapkan diri kita dari sekarang..
kerna kita tidak tahu apa yang akan berlaku
kepada diri kita dan dunia ini..
-T.F-
No comments:
Post a Comment