Jom CEK!

Wednesday, 20 July 2011

Puisi itu untukmu

Wahai kawanku, jangan bersedih,
Bila puisimu ditolak,
Kerana satu masa,
Mereka akan perasan ikhlasnya bahasamu itu.

Wahai temanku, jangan kau menangis,
Bila puisimu ditertawa,
kerna satu masa,
Akan ada yang menghargai.

Wahai sahabatku, jangan kau meratap,
Bila puisimu tidak diendah,
Kerna satu masa,
Akan mereka tahu, ertinya cinta.

Khas untuk
-Amin D.-

PEACE NO WAR
-MESZ


Cewahh..
berpantun nampak..
disebabkan aku ni pemuisi, biar aku balas guna puisi jak..
dengar baik2..

sahabatku, jangan kau khuatir,
bila ku bersedih mungkin hanya hari ini,
bila puisi aku ditolak, biarla hanya dirinya seorang,
bila puisi ku dipersendakan, tak mengapa..
kerna aku bahgia melihat senyumannya,
bila puisi aku tak diendah..
takkan ko goyah,
kerna aku tahu dia tidak memahami,
kerna hanya ini aku mampu berikan, 
untuk membuktikan segala cinta..
dan puisi yang tak bertuan pastinya akan menunggu,
yang sudi menghargainya..
cukup dengan itu takkan ada tangisan lagi..

hehe, so, sahabat amacam.. terbalas sudah pangkal bicara ini... apapun inilah lumrah hidup saya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...