bermula lar kisah..
Siapa yang merokok disini, batuk sekarang.. sebelum anda batuk kemudian hari, baik ngaku sekarang..
pernah tak anda pegi beli barang di kedai-kedai runcit dan melihat kotak rokok Dunhill dijual.. tak pernah tengok, tak caye lar kawan.. kalau tak ingat tu, cuba tengok nie..
Apa kata anda bila pertama kali tengok?.. ngeri bukan rokok Malaysia ni..
pesal reason dorang susah-susah letak gambar kesan-kesan rokok. cuba lar letak gambar lain yang merangsang segala benda yang boleh terangsang. sehingga membuat pembeli tak menyesal beli rokok tu..
Cuba bayangkan lar anda sedang lapar gila sehingga cewek disebelah ndak dilayan.. makan lar konon di kedai makan yang menjadi pilihan hati.. beberapa saat kemudian (laju benor) licin macam kepala eric leong sudah piring tu.. kali ni lapar tu datang lagi. tapi lapar kategori lain. lapar mau hisap rokok.. siap lar sudah mancis ditangan.. ramas-ramas slow2 di poket.. keluar kotak rokok dunhill yang bergambar diatas..
tak terburai ke jagung-jagung di perut yang ready sudah mau di pom di tandas tu?.. ape taknye tengok gambar2 tragis di kotak macis tu.. pasti ada sesetengah orang yang mengeleng2 kesian.. tapi dimulut penuh sudah asap rokok yang ready mau di hembus tu...
pesal masyarakat kita sekerang yer? tak rase insaf ker.. syukur lar kerajaan masih worry dengan tahap kesihatan masyarakat di Malaysia. sampai letak gambar mangsa rokok di kotak rokok..
well. siapa yang kisahkan.. kita nak beli rokok bukan kotaknya.. tak yah nak bising-bising.
tak rasa mual ker tengok iklan2 dan poster yang menyuruh anda berhenti..
mau senaraikan lar konon kesan-kesan rokok tu..
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
Dah bace! conform tak ingat.. menyusahkan jekan.. well bagi aku pula kesan merokok ni cuma:
- Barah paru-paru
- Kelelahan akibat COAD dan emphysema
- Sakit jantung iskaemia
- Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
- Kanser pundi kencing
- Air mani tidak normal
- Lemah ingatan
- Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
- Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
- Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
- Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
1. menyusahkan minyak kereta nak datang ziarah dia di hospital kerana mangsa merokok.
2. menghukum para isteri yang kebuluran dari suami kerana suami telah hilang pahlawannya di kamar.
3. membuat orang sekeliling penat mau memaki-maki dalam hati yang hanya menambahkan dosa kerana ketidaksopanan perokok merokok merata tempat tanpa ingat orang sekeliling.
4. menyusahkan pihak kerajaan membeli ubat-ubatan untuk merawat pesakit merokok.
5. buang masa, buang duit kerajaan mau buat iklan segala iklan kasi ingat masyarakat supaya berhenti.
6. membantu Yahudi jadi kaya.
7. menyempitkan ruang hospital yang sepatutnya dipenuhi penyakit lain jak dan kasi susah pekerja2 nurse dan doktar merawat dorang sedangkan penyakit ni dorang yang order.
8 menyumbang masalah sosial seperti buang anak, dera anak dan sebagainya. apetaknye anak dah cacat malu kepada masyarakat.
9 menyusahkan orang jaga dia, angkat dia, bawakan makanan, kasi suap dan segalanya sebab dah takde tangan, kaki dan barah sana sini akibat merokok.
10.memalukan negara Malaysia kerana meningkatkan statistik pesakit kronik di Malaysia.
11 menyusahkan alam sekitar akibat asap sana sini.
panjang lebar benor kawan melalut ni. well, nak kasi ending cerita, sedar-sedar lar diri tu.. tak payah nak tunjuk control.. memanjangkan generasi yang tak sihat jak.. well, dalam agama sendiri tertulis, segala perkara yang memudaratkan harus dielakkan.. so, bersusah-susah dahulu sebelum menyusahkan orang lain..
wassalam...
- Amin D -
No comments:
Post a Comment