Jom CEK!

Thursday, 11 August 2011

Merdeka




Tertulis dalam suratan takdir,
Lahirnya kita dibumi bertuah, bumi merdeka ini,
Menerima apa yang diberi,
Tiada pengorbanan rasanya yang perlu kita berikan,
Mungkin kerana bumi ini tidak dimamah penjajahan lagi?

Erti merdeka bagiku dulu,
Cukup berakhir di tahun 1957,


Tidak pernah sekalipun ku fikirkan,
Erti sebenar kemerdekaan,
mengherdik akal untuk mendidik jiwa,
pemikiran logik mentaliti anak remaja.



Adakah setelah tanah dara ini dicemar lagi baru akan kita sedar?
Adakah hanya setelah daun bertukar menjadi debu dan debu bertukar menjadi tanah baru kita sedar?
Adakah hanya setelah tumbuhnya janggut yang keputihan baru kita sedar?

Adakah setelah hancurnya bangsa Malaysia ini berulah kita sedar?

Atau adakah kita mahu sedar sekarang sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum gagak gagak hitam hinggap dimayat-mayat bangsa kita?

Sedang sekarang negara ini belum sepenuhnya merdeka.
Jiwa anak muda masih lagi dijajah kebodohan mereka.
Mengapa kita tidak pernah sedar?
Kerana erti kemerdekaan tidak kita hayati,
tidak kita bimbing hati-hati kita untuk menerima apa yang bagus dan menolak apa yang buruk.

Akankah kita perjuangkan
Kemerdekaan fikiran, akal yang waras yang terlepas dari genggaman?
Akankah kita perjuangkan


Maruah bangsa yang tercalar, akibat coretan-coretan dan contengan-contengan arang kisah-kisah kebodohan kita sendiri?



Merdeka bukan hanya aksara,
Merdeka itu bukan jamak,
Merdeka itu individu..
Merdeka itu letaknya dijiwa.
Merdeka itu kekuatan kita,


DAN.
Merdeka itu belum kita perolehi.


Ambillah pena di dalam tas,
Coretlah dakwat diatas kertas,
Tekan lah punat-punat papan kekunci komputer,

Luahkan kita anak merdeka,
Biarpun masih ramai yang tak layak mendapatnya,
Kerana sesetengah kita masih belum merdeka.


Mesz Bisa Bicara,
11 Ogos 2011
Khas untuk pertandingan blog merdeka,
Smk Likas,
2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...