Jom CEK!

Monday, 15 August 2011

Merdekakah aku?

assalammualaikum... salam ramadhan, salam kemerdekaan buat semua yang kau sayang ( konon) dan aku rindui ( jangan percaya)..hehehe..

Hai semua buddiez sekalian.. sihat ker tak? sihat! aduhai boringnya jawapan.. boleh tak lain dari yang lain..kasi improvise lagi jawapan tu.. baru orijinal..

okey, kebelakangan ni entri kami kebanyakannya sal merdeka jak.. ala yang boring tu..hehehe..sebenarnya disekolah ada buat pertandingan blog kemerdekaan.. bab tu yang semangat post benda yang mencarut tu..
lama tak tulis entry.. rindu pula.. saya sebenarnya tak ade idea lagi nak cerita pasal apa.. al-maklum sekarang nikan musim Exam.. alam musim penyeksaan.. ditambah perisa lagi dengan bulan ramadhan yang mulia ni.. bertambah iman aku..

well, si mesz bisa bicara ada post untuk kemerdekaan tu.. temanya sepatutnya Kami anak Merdeka.. tpi post kami oppside skit.. well, that the truth.. kalau saya boleh mengarang sebuah karangan indah, takkan saya tak boleh reka cerita tentng kemerdakaan nie.. but, buat apa.. buang masa jak tu.. buat apa hidup dalam penipuan.. orang yang sakit kalau dia cuba selindung dengan senyuman pun tetap perasan punya.. melainkan high telented lar..( eermm.. batuk pula.. terasa aku)..

jadi untuk pertandingan ni, saya nak post tentang puisi saya.. puisi ni saya cipta sendiri.. masa tu exam bm.. saya awal siap.. so, saya guna masa yang tinggal tuk cipta puisi ni.. harap2 menang lar..hehehe..
puisi ni juga saya akan persembahkan didepan semua pelajar.. cikgu suruhkan, so saya buat lar.. harap2 okey lar..



Merdekakah aku?

Bergema Lautan manusia pelbagai warna merayakan Kemerdekaan,
sejak pemimpin pertama melontarkan AKSARA itu,
Masih segar terngiang dicorang telingga sehingga kini,
namun obar cahaya itu tidak seterang dahulu,
cahayanya semakin redup di telan kemodenan,
dimamah ketandusan manusia yang alpa memahami maksud tersiratnya..


aku anak merdeka,
bebas menebarkan sayap agungku,
tanahku telah dikembalikan dan kukira tiada lagi penjajahan,
namun hatiku telah ditawan,
dengan pelangi barat yang menjanjikan kebahgiaan..


aku anak merdeka,
berpaksikan bendera asing,
mengejar emas dinegara orang,
kembali bertulangkan dusta,
bartuankan manusia setinggi pangkatnya
demi mengejar kesesatan duniawi.


Adakah Aku merdeka?
berteduhkan kekalutan jiwa,
mencengkan daging mentahku,
semakin hitam dan luluhnya,
meratah nilai pada yang Maha Esa..


teruskan larian tarimu wahai anak muda,
teruskan mencari jalan disetiap simpang yang menyesatkan,
jeritkan hatimu pada kemerdekaan sebenar,
pada tanah Tumpah darah mu..


yer yer, boring.. saya tau.. maaf kepada yang menguap.. apapun kesimpulanya jadilah anak merdeka yang sebenar- benarnya merdeka.. semua orang tak kira mak cik tandas kah, pak cik guardkah, cashier di Bismillah curry house kah.. semuan lar pokoknya  yang ada Ic tu.. kita semua memegang amanah setiap seorang untuk kita sama-sama mengekalkan keharmonian tanah tumpah darah kita ni... sama sama kita memajukan tanah air kitra ni sebelum buku sejarah sekolah bertambah muka surat lagi sebab sejarah negara kita berulang lagi... kalau anda tak mau, sayangi lar negara kita iaitu bukan korea (yer memalukan), bukan Jepun ( saya faham cewek sini tak dapat menandingi disana) tapi negara MALAYSIA..


assalammualaikum.. tak jawab berdosa, lau jawab saya sayang.. hehehehe..

-touvan fatailah-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...