Jom CEK!

Sunday 25 September 2011

Hak sekolah? Hak pelajar? Hak guru?


Assalammualaikum..


hari ni rajin benar hati ini nak bercakap tentang hak-hak ni..
just tiga huruf jak pun : H A K
tapi sangat besar maknanya..

hak yang saya maksudkan adalah lebih kepada dunia persekolahan...
yup, dunia menjadi pelajar, diajar, mengajar dan kurang ajar..

baru2 ni satu kes yang berlaku di Serawak seperti yang kalian sedia maklum, cerita tentang para pelajar UPSR ( muda lagi) di larang bahkan disembunyi oleh gurunya sendiri daripada menjawab paper kerana pelajar tersebut dikhuatiri menjatuhkan prestasi sekolah.. kalau bahasa kasarnya pelajar ni memang BODOH lar..
aduhai..
budak UPSR diperlakukan begitu.. yang masih mentah, ndak tahu apa-apa..
sekarang siapa yang patut dipersalahkan??
GURU? atau SEKOLAH?

inilah masanya kita bercakap tentang hak tu.
apa yang saya perhatikan lar berdasarkan pemikiran dan pandangan saya yang tak seberapa ni..
dalam dunia SEKOLAH ni ada empat hak yang perlu kita highlightkan..
HAK SEKOLAH
HAK GURU dan IBU BAPA
HAK PELAJAR

sebagai permulaannya saya nak ulas tentang hak guru..
seperti yang anda ketahui guru sememangnya ada hak terhadap para pelajar kerana mereka bertanggungjawab mengendalikan para pelajar ini di sekolah.. segala perkembangan mereka lebih banyak diketahui guru berbanding ibu bapa sendiri.. sebab itulah guru2 ni dikatakan ibu bapa kedua kita..
apabila pelajar melanggar peraturan sekolah.. sekolah ada hak untuk menghukum dan hak itu dilakukan oleh guru kerana mereka juga ada hak dalam perkara tersebut..
dan para pelajar untuk peraturan ini tiada hak sama sekali membantah segala yang telah di tetapkan..
disini Hak sekolah dan Hak guru telah menang!
manakala ibu bapa pula perlu menyerahkan hak mereka kepada guru untuk mengendali para pelajar disekolah..
benarkah??
banyak juga ibu bapa yang datang ke sekolah kerana tidak berpuas hati atas segala tindakan guru2 dan sekolah menghukum anak mereka kerana telah melanggar peraturan..
masa ini, ibu bapa dan pelajar menuntut hak mereka kerana tidak berpuas hati dengan hak sekolah dan guru.

baiklah, fokus kepada para pelajar yang melangar peraturan..
benda ni memang pernah berlaku..
seorang pelajar ni tidak mahu datang ke sekolah langsung.dia sudah tidak mahu bersekolah.. tetapi dia sudah di daftarkan sebagai calon SPM.

lihat! para pelajar tersebut telah melanggar peraturan dan masa inilah hak guru dan hak sekolah berperanan.
hak guru cakap pelajar ini sepatutnya di buang sekolah.. yer lar kan buat apa nak simpan dia lama-lama.. tiada guna juga.. pelajar sebegini hanya akan menjejaskan prestasi sekolah..
so, masa ini Hak sekolah akan memutuskan bahawa dia akan dibuang sekolah..
tetapi pelajar itu memutuskan akan tetap menjadi calon SPM.. maksudnya dia hanya akan datang semasa SPM jak.. Gila punya manusia..

sekarang timbul pula hak pelajar..
namun bagaimana larkan kalau guru dan sekolah melarang mereka datang mengambil SPM biarpun mereka ada hak untuk itu..
demi prestasi sekolah, sekolah ada hak untuk itu..

dan masa inilah akan timbul isu HAK KEMANUSIAAN..
yup, hak kita sebagai living things.. keperluan  sebagai manusia...
persoalan siapa yang salah sudah jelas menunjukkan pelajar, guru. sekolah bahkan ibu bapa yang bersalah ( semua lar bah tu)
pelajar salah kerana melanggar peraturan dan tidak datang kesekolah,
guru salah kerana melarang pelajar dari menjawab SPM,
sekolah salah kerana tidak memberi hak pelajar tersebut,
ibu bapa salah kerana bodoh sama2 anaknya sebab tidak ambil kisah anaknya bersekolah ke tidak?

namun rasionalnya, macam mana hak pelajar tersebut?? a.k.a
HAK KEMANUSIAAN
dia memang bersalah lar, namun tak semestinya mereka tiada hak untuk menjadi calon SPM..

skenapa saya cakap pasal ni??
sebab kesannya..
macam pelajar UPSR tadi.. itu bab pelajar tu bodoh dan diperlakukan begitu..
memang conform guru 100% salah..
yer lah macam mana pelajar itu ingin meneruskan pelajaran mereka ke sekolah menenggah tanpa keputusan UPSR.. apa level mereka?? malah mereka tiada hak langsung untuk itu??
dan sekarang pelajar yang menangung beban..

tapi kes ni lain pula, sekolah dan pelajar terpaksa menanggung beban.. sekolah tak rasa lar tekanannya bangunan pula tu.. guru2 yang terpaksa bertungkus lumus mencari alasan..

tapi, bagi saya lar tak perlulah menghalang pelajar tu menjawab SPM.. memang susah lar mahu ambil risiko bahawa pelajar itu akan LULUS.. conform GAGAL punya..
tapi macam mana kalau miracle berlaku..
tiba2 lulus ni.. Alhamdulillah lar..
kalau gagal, jawapannya
PADAN MUKA MEREKA LAR!
sepa suru getek ndak mau sekolah..
sekarang biar mereka yang rasa..
namun guru2 dan ibu bapa kena lar jalankan tanggungjawab..
anggap sahaja ini semua ujian..
jangan lar larang mereka daripada menduduki SPM hanya demi menjaga prestasi sekolah.
kita sendiri cakap guru2 tu macam ibu bapa sudah..
takkan ibu bapa sanggup melihat anak mereka yang hanyut tu bertambah hanyut..
makanya
semua pihak ada hak,
tapi jangan lah hak untuk kepentingan sendiri..
dan dengar lar juga hak orang lain..

sekian,

saya yang punya hak bersuara
TOUVAN FATAILAH




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...