Jom CEK!

Wednesday 5 June 2013

Ragam budak makan



Assalammualaikum


kepada sahabat handai yang sudi mengadai maruah anda menbaca blog yang tidak seperapa 18 sx nie..
cehh!! gurau jak.. TQ sangat2 yer..
anyway, today I would like to share some experience (meybe), pasal ragam budak2 bila makan..
saya rasa almost semua lar berlaku begini, time saya masih muka gyomi dulu pun rasanya tak kan lari ragam ni bila waktu nak makan..

perkara nie sebenarnya saya perhatikan dekat anak buah saya.. geram sangat tengok dia.. ada jak hal berbangkit ila datang waktu makan..

Ragam pertama (rebut makanan)
rebut makanan seriously percentage akan berlaku bila makanan sikit, ramai orang.. get its!!
Makanan sikit
pemakan banyak
waktu begini adalah waktu kemuncak anak anda atau adik anda ataupun mana2 pelarian budak2 terselit sewaktu anda makan, adalah waktu mereka MINTA PUJI.. jika makanan sedikit, mereka akan berebut.. jika dibahagikan sama rata, mereka akan makan cepat2 then lepas tue minta sedikit lagi dari kamu..
mereka akan buat alasan habis sudah dan mereka mau lagi.. kalau kamu berkeras tidak mahu bagi, maka akan berlakunya satu ugutan yakni menangis.. air mata dan teriak kuat adalah senjata budak-budak nie.. 
saya rasa lar kan, bila makan sikit, mereka akan berfikiran tidak mahu rugi... mereka tidak mahu orang lain makan lebih melebihi mereka.. sebab itu, mereka akan berebut macam tak pernah makan.. dalam mind dorang, makanan itu mereka punya..
Apapun sebenarnya, rasa kesian tu pastinya terhinggap di hati.. rasa tak sanggup pula tengok dorang mengharap simpati makanan kita yang sebenarna merupakan bahagian kita..

Ragam Tambah Makanan
ragam adik saya darjah satu nak tambah makanan.. dia ada satu trick tau.. pertama kita bagi dia makanan sikit, dia akan menikmati makanan itu sepenuhnya dengan penuh nikmat.. piring pun licin digilat setiap sudut.. lepas tu dia akan minta tambah makanan.. kita cakap "cukup lar nanti mebazir", tapi dia cakap, "tidak, tengok saya habiskan makanan ni" sambil menunjukkan pinggan yang dia makan tadi..
kita akan percaya bulat-bulat, lepas tue kita tambahkan makanannya semula.. kali kedua takkan berlaku seperti pertamanya.. mereka akan nampak makanan ni banyak, cukup untuk semua makan malah ada lebihan lagi.. tidaK perlu berebut-rebut nak makan..
jeng~ jeng~ jeng~ mula lar satu ujian kesabaran.. merek akan buat makanan mereka macam mainan.. hancur sana sini.. tapi tak berkurang-kurang... apabila di tanya kenapa main-main debgan makanan? pasti akan banyak alasan seperti pedas lar, ada sayur lar, ada bawang lar, ada tulang lar, kenyang lar.. dan macam2 lagi...

Ragam nak makan
Ini paling kesian... nka cakap meng'annoying'kan.. raam yang boleh dikatakan sakit hati, tahan perasaan, simpati pun ada..
ragam nie berlaku apabila kita sedang makan, kita tanya dia "nak minta?" atau "nak makan?" 
kita tanya budak ni sadah makan tau belum, siap offer nak suap lagi..
jika budak tu lalai bermain atau jual mahal mula-mula.. tunggu sehingga makanan anda tinggal beberapa suap lagi.. tetiba juga dorang akan minta balik..
imagine lar, tak sakit hati ker tue, kita dah habis makan, mereka baru nak minta.. dah penat2 masak takkan nak masak lagi... akhirnya buat bodoh jer..

berikut lar ragam kanak2 makan.. mungkin ada yang kurang boleh tambah.. apapun nie cuma senda gurau dan untuk meng APRIL FOOLkan anda kerna sudi buang masa baca post ni.. GETCHA!! hehhe
TQ
wassalam,
Touvan Fatailah

Tuesday 4 June 2013

Gergasi Berpangkat



"lalalalalala~~";jalannya bernada seni. Gembira menguasaia hatinya pagi itu. ditarik nafasnya dalam-dalam dengan terburu dia menghembus nafas sekuatnya sambil terukir senyum sumbing..
                  "apa cerita hari ni Ayah?"; dia bertanya pada ayahnya yang duduk terkaku dikerusi malas itu sambil membaca surat kabar keluaran Daily Express.
                " apa lagi, cerita bunuh membunah sana sini, kemalangan tak habis-habis, dadah berleluasa" jawab ayah acuh tak acuh.
                " oh itu jak" jawab ku tidak kelihatan tertarik.
                " tak lupa hebatnuya gelombang biru, dan teruknya perhimpunan hijau" tambah ayah tetiba. teringin sangat nak cerita politik..
           Ahhhhh! jeritku. sana sini pilitik ku dengar. Buat generasi sepertiku memang wajib ku peduli sudah tentang semua itu. Namun bersama ayah ibu dan adik beradik tua dariku yang lebih masin garamnya dirasa, pastinya mempunyai pendapat yang sama terhadap politik..
              " ala~ kita kena mengundi yang beri makan kita selama ni, kita kena bantu pemimpin yang banyak bantu kita sebagai rakyat. tengok sana sini bantuan rakyat Satu Malaysia sana sini. Klinik, laptop, kedai runcit, beras, makanan, gula duit dan banyak lagilah kalau bukan kerna kerajaan siapa lagi??" kata seorang penduduk kampung ku yang kusapa takkala berhenti bermain basikal dikampung ku. Aku terpingga-pingga.
         pelbagai cerita dan pendapat yang ku dengar. sikit demi sikit memberat dikepala ku. Namun setiap yang melekat itu aku analisis sedalam-dalamnya. Cuba mencari hikmah pada setiap kejadian. Aku melihat politik itu sudah ibarat makanan buat mereka. Dilumat, dicincang dan direbus di mulut. sahabat seusiaku generasi XYku juga telah membangun pesat. memberatkan kepala mereka sarat dengan politik takkala sambil membelai buku pelajaran tanpa membacanya. berbuih-buih mulut mereka berhujah pendapat antara sokong dan tidak sokong, antara setuju dan tidak setuju.
        Geram. Bisu. Benci. kenapa perlu aku terlibat sama. Adakah kerna aku juga hidup menetap ditanah ini. tanah yang menuntut pemimpinnya. dan pemimpin itu datangnya dijulang dengan harapan sepenuhnya diatas tangan rakyat sendiri. rakyat sepertiku.
        " hukumnya WAJIB", sambil menunding tangannya persis orang yang sedang berhujah. spontan Ustazah dikolej ku dulu menjawab teka teki ku selama ini.
         "kerna segala baik dan buruknya pemimpin kita itu datangnya dari jari kita ni. Jari yang mengecop itulah yang akan disoal diakhirat nanti. maukah kita menjadi manusia yang tidak berbuat apa-apa untuk melaksanakan tanggungjawab kita. atau mahukah kita menjadi manusia yang tersalah pilih atas pemimpin yang kita pilih. Berat tak berat amanah ni yang kita pikul. sebab itulah, jika kita mau pilih pemimpin, pilihlah pemimpin yang sebenar-benarnya. kita tengok pegangan mereka, jika Al-Quran dan hadis pegangan mereka, itulah pemimpin sebenar. supaya bila kita disoal nanti kita telah menjalankan tugas kita dengan sebaiknya" hurainya panjang lebar.
 terlopong mulutku sambil mengangguk-angguk kepala. kata-kata itu masih ternging-ngiang dicorong telingga ku.
        Benarkah politik itu jaga satu amalan yang akan dihisab diakhirat kelak?. Masih mempersoal.  sebenarnya cuba menafikan.

Ku sorotkan kakiku lincah berjalan tanpa tujuan sebenar. Ku pasang telinggaku sitajamnya. Cuba mendegar cerita-cerita politik sana sini. sesekali ku hinggap punggungku mengikuti perbualan mereka. Kadang kala sedih juga apabila diri ini sahaja yang ibarat katak dibawah tempurung. Tidak tahu sangat perkembangan semasa.

Telah berkali-kali dinasihatkan Ayah, disuruh baca surat khabar, disuruh tengok. Berita itu satu keperluan, satu bekalan yang membantu. Takkan masih nak jadi budak hinggusan yang asyik bermain game. Sekurang-kurangnya dengan siapa kita bekerja, dengan siapa yang bagi kita segala keperluan atau dengan siapa yang kita berhadapan sekarang, kita tahu mereka datang dari bulu siapa, juzuk siapa.

Bukan tak nak tengok berita. Tapi, waktu PRU 13 sebelum ni tak kira berita Tv 1kah, tv2kah atau tv yang ada diMalaysia ni semuanya sarat bercakap tentang keagunggan gelombang biru. Ibarat menonton episode gelombang biru saban hari. Segala informasi amalan kebaikan ditayang, diperkuatkan dengan ayat penegas oleh para pemimpin dan diriramakan oleh pembaca berita yang mahu cari makan. 

Tahulah semua siaran Malaysia ni dikuasai kerajaan. bersyukur jugalah, sekurang-kurangnya siaran Malaysia tidak sebebas seperti cerita orang putih. asyik 18 tahun keatas sahaja.
tapi terhinggap rasa ketidakpuasan hatiku. kenapa siaran dimonopoli oleh gergasi yang disembah ini.
Dimana Demokrasi? Dimana kebebasan Bersuara? Dimana kebebasan Memilih?
Dimana semua itu?..

Kerajaan itu tugasnya membangunkan, bukan untuk disembah atau didaulatkan.
Kita ada raja, Kita ada sultan tapi Kita juga ada Tuhan. Siapa yang sepatutnya kita daulatkan.
Pemimpin itu pemimpin yang dijulang, diagungkan dan yang paling penting dipercayai. tapi kenapa apbila pangkat dah memberat dibahu, nama dah disebut, tangan dah dikucup oleh orang tua, diolek dengan sembah tari sebagai ucapan selamat datang, diberi kerusi emas yang empuk sebagai tempat duduk, diraikan dengan bunga api yang meriah, tapi dasarnya segala itu datangnya dari peluh rakyat sendiri.

Peluh rakyat? 
"ya! duit rakyat" kata guru-guruku. Saya juga salah seorang yang membayar cukai ok! dan segala kemudahan yang kamu rasa sekarang datang dari duit ibu bapa kamu sendiri, duit dari pekera seperti kami" tegasnya cuba mengingatkan.


erm~ rupanya bukan hebat sangat gergasi itu.

mungkin sekarang sumber Tv sudah menyesatkan. lebih baik ku rujuk internet. Aku tahu internet sentiasa rancak berbicara tentang isu semasa. Tapi ingat baik-baik, sumber Internet itu tidak semua YANG BETUL.
jangan telan bulat-bulat sambil menekan-nekan kepala memberi peringatan sendiri.

"OMG!!" apa kes ni.
penipuan PRU 13. 
kubaca dengan penuh teliti. sana sini warga Blog menulis tentangnya. 
Kucuba renangi lautan Facebook. Cuba mencari pendapat dari sahabat handai. 
Apa ker bendanya ni? 
BLOKOUT??
Perhimpunan bersih, perhimpuan kotar. 

dia telus, dia pembohong, dia benar, dia penipu, dialah dalang dialah pahlawan, dia harus dijulang, dia harus menang, kerna dia hidup kan jadi senang, terjamin dengan keadilan.

AHHHHHH!!! jeritku tengelam dalam lautan manusia yang geram. Siapa harus ku jadi kawan kujadi lawan. mungkin bukan sekarang. belum waktunya datang. Esok lusa bila umur perpangkat dua, mengetuklah pintu amanah itu yang harus dilaksana.

perlukah ku pejam jelik buat tak tahu terhadap rasaksa perosak menguasai tanah merdeka ini?
aku ingin bersuara..
wakil dari pusaka Malaysia ditanah merdeka ini.

    wahai Bapa pewaris merdeka..
  kenalkan aku demokrasi
bukan dengan korupsi..
kenalkan aku erti mencurah bakti
bukan dengan habuan mata pencarian rakyat sendiri..
kamu raksasa yang hidup jinak dihati rakyat,
tapi tidak mustahil boleh jatuh terlonglai.
terhurai segala muslihat
bala tentera sedang mencari kebenaran
cari keadilan
cari kedamaian
jika mereka si pemilik senapang penyelamat negara.
berbaju kolar kemas kebanggaan negara
tapi diseloggok kertas merah hijau yang berharga
menjadi raja di malaysia
akhirnya menjadi kudis mencacat negara..
 ingatlah
kamu juga manusia
jangan kira pangkat kita berbeza kamu akan menang..
kerna kita juga ada Tuhan tempat menerima aduan..
   berikan aku nafas baru,
berikan aku senyuman kesyukuran..
jika kamu pemimpin yang Benar, 
maka kerusi itu layak buat mu..
jika kamu tahu adanya Tuhan,
maka kamulah pemimpin yang harus dijulang..


-pemilik asal-
             Touvan Fatailah.

Friday 30 March 2012

Qada' dan Qadar

Assalammualaikum semua..


Alhamdulillah 
Touvan Fatailah telah bangun dari mimpi yang agak lama..
sebangunnya dari tidur, masih meronta2 disebalik kelelahan setelah membadai arus dunia mencari keperluan..

Anyway!!
banyak sekali dan berkali-kali sebenarnya saya nak cakap.. namun saat mau delivery idea itu, ia terbatas dengan waktu yang saya ada..alahai ruginya..

apapun, buat masa yg emaS ni adalah juga satu kongsian yang saya rasa agak menarik untk saya ceritakan.


al-kisah bermula takkala di ranjau waktu yang telah berlalu,


saya ada seorang teman, teman yang sangat rapat..
suka duka, nafsu serakah, dikongsi bersama..
dia rakan yang cukup baik dan memahami,
mungkin tidak sempurna, mungkin tidak sebaik melaikat,
cukup dia menjadi peneman di kala waktu memerlukan..


suatu hari dia berkata,
setiap apa yang kita lakukan, makankah, minumkah, berrr kah dan macam-macam lagi telah pun ditentukan takdir a.k.a Qada' dan Qadar.. setiap kebaikan mahupun kejahatan yang kita lakukan semuanya atas kebenaran Allah.


saya pun bertanya,
macam mana pula kalau kita berbuat salah.. dosa besar seperti membunuh.. takkan Allah benarkan kita melakukan kemungkaran tersebut.. tidak menyelamatkan insan yang dianayai..


dan jawapannya 'YA', Allah lah yang mengizinkan kita untuk mengerakkan setiap sel-sel otot kita, mengerakkan badan kita, memberi kita tenaga dengan penuh perasaan dan suasana dramatik (sekadar menambah ayat-ayat gramatis) untuk membunuh.


keningku pun berkerut , tona rasa dan emosi mula berubah warna.. dalam diam aku berbisik, 
" biar betul mamat ni"

tanpa sepatah kata dari mulutku untuk bertanya, dia sudah dapat membaca dari muka ku yang seremuk kertas kerana kekeliruan..
"begini ceritanya", dia mengulas sopan
cuba kita ingat kisah saat mula-mula Manusia, Melaikat dan syaitan
( sengaja mengecilkan huruf syaitan sesuai dengan derjatnya)
bila mana syaitan di minta untuk sujud kepada manusa tetapi dia tidak sujud, maka Allah telah murka dan mencampakkannya kedalam neraka JAHANAM( laungkan dengan penuh emosi)
maka saat itu sebelum menjadi penguni neraka secara permenent, syaitan meminta izin kepada Allah untuk menyesatkan manusia agar  sama-sama log-in jadi member neraka beramai-ramai..
maka Allah izinkan..


lihat perkataan yang saya highlight-kan
MEMINTA IZIN
syaitan sendiri meminta izin kepada Allah untuk menyesatkan manusia dan Allah izinkan..
maka ceritanya disini, apabila kita membunuh misalnya,
kematian si mangsa tidak akan berlaku melainkan  atas ketentuan Allah S.W.T.. mana tau si pembunuh menangguhkan jadual pembunuhannya kerana terburu-buru mehu menonton konsert Mania.


cuba fikir kenapa Allah izikan..
guna konsep ayat tanya,
KENAPA??
- kerana Allah ingin menguji sejauh mana iman kita terhadapnya.. adakah saat kita ingin melakukan dosa itu kita berfikir tentang Allah dan terus tiada mood mahu lakukan kerana takut kepada Allah, atau terus melakukannya kerana tertelan dengan hasutan syaitan..


memang benar, semuanya telah ditentukan dengan qada' dan qadar,
qada' ni bermaksud ketentuan dan ketetapan yang telah ditentukan Allah sejak azali lagi
tapi qada' terbahagi kepada 2: qada Mubram yang kita tidak boleh ubah, dan Qada'Muallaq yang kita boleh ubah..
jadi apa yang saya terangkan ni lebih kepada Qada' Muallaq iaitu sesuatu yang kita masih boleh ubah..
kita masih boleh memilih sama ada mahu membunuh atau tidak..


saya percaya pasti ada yang tertanya-tanya,mungkin jika kita membunuh, dan Allah membenarkan, pasti rasanya tidak adil kepada yang di bunuh bukan!.. tapi percayalah ajal maut seseorang ini merupakan qada' Mubram yang telah ditentukan.. telah ditetapkan..
jadi si pembunuh itu cumalah alat lakonan (prop) yang digunakan untuk bagaimana dia simangsa menoktahkan kisah hidupnya..
ala~ kematian-kan berlaku dengan pelbagai cara..


maka begitulah ceritanya..


- saya tak pasti apa yang saya cuba sampaikan ni difahami kalian semua.. harap jangan ada yang tersalah tafsir.. harap yang baik itu dapat kalian peroleh..


wassalam dari saya..
^_^





Wednesday 28 March 2012

How To Speak like a Sabahan (Part.2)

Assalammualaikum!!

Hari ni saya nak sambung lesson kita, blajar cakap slang sabah! hehe. Be ready guys!!

PART 1 : Grammar (kunun)

  Ada beberapa words yang sabahan jarang guna, dan ditukar kepada words yang lain seperti :
Original Words  ----->  Sabahan!

Tak/Tidak -----> Ndak
         Saya  ----->  Sia/Sa
   Dengan  -----> Sama
                      Korang -----> Kamu/Kamurang
       Nak -----> Mau
      Kerana -----> Sebab

dll.

Okeys, perkataan-perkataan ni la yang orang semenanjung slalu confuse bila bcakap ikut/tiru slang sabahan. Kenapa?? Okey let me explain.

Kebanyakan orang semenanjung jarang jumpa orang sabah, jadi dorang tak berapa tahu/ tak ambil tahu macam mana orang sabah tu sendiri bercakap. Asal kena suruh tiru cakap sabahan ja, dorang start "meng-indonesia-kan" bahasa melayu, sebab rata-rata dorang fikir sabahan bercakap hampir sama dengan cara orang indon bercakap. THIS IS TOTALLY WRONG! Sabahan slang is totally different with Indonesian slang!


Okeys, firstly, sabahan suka memendekkan perkataan-perkataan di tempat yang tidak sepatutnya. Contoh:
Tidak -----> Ndaksepatutnya Tidak -----> Tak, tapi sabahan selalu sebut Tak -----> Dak,
bila di guna dalam conversation, ianya akan kedengaran Dak -----> Ndak.

Saya -----> Sa/ Sia
ini terpulang dengan orang tu sendiri la, kebanyakan sabahan yang berkaum dusun/ kadazan
suka menggunakan "Sa/Sia" menggantikan "Aku" dalam satu conversation.
Sa/Sia juga digunakan bila bertutur dengan orang yang lebih tua, sebab lebih sopan daripada "aku".

Jadi bila satu ayat penuh di convert, contohnya:

Saya Tak Nak -----> Sia Ndak Mau
simple kan??


Stay Tuned!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...