Jom CEK!

Tuesday 4 June 2013

Gergasi Berpangkat



"lalalalalala~~";jalannya bernada seni. Gembira menguasaia hatinya pagi itu. ditarik nafasnya dalam-dalam dengan terburu dia menghembus nafas sekuatnya sambil terukir senyum sumbing..
                  "apa cerita hari ni Ayah?"; dia bertanya pada ayahnya yang duduk terkaku dikerusi malas itu sambil membaca surat kabar keluaran Daily Express.
                " apa lagi, cerita bunuh membunah sana sini, kemalangan tak habis-habis, dadah berleluasa" jawab ayah acuh tak acuh.
                " oh itu jak" jawab ku tidak kelihatan tertarik.
                " tak lupa hebatnuya gelombang biru, dan teruknya perhimpunan hijau" tambah ayah tetiba. teringin sangat nak cerita politik..
           Ahhhhh! jeritku. sana sini pilitik ku dengar. Buat generasi sepertiku memang wajib ku peduli sudah tentang semua itu. Namun bersama ayah ibu dan adik beradik tua dariku yang lebih masin garamnya dirasa, pastinya mempunyai pendapat yang sama terhadap politik..
              " ala~ kita kena mengundi yang beri makan kita selama ni, kita kena bantu pemimpin yang banyak bantu kita sebagai rakyat. tengok sana sini bantuan rakyat Satu Malaysia sana sini. Klinik, laptop, kedai runcit, beras, makanan, gula duit dan banyak lagilah kalau bukan kerna kerajaan siapa lagi??" kata seorang penduduk kampung ku yang kusapa takkala berhenti bermain basikal dikampung ku. Aku terpingga-pingga.
         pelbagai cerita dan pendapat yang ku dengar. sikit demi sikit memberat dikepala ku. Namun setiap yang melekat itu aku analisis sedalam-dalamnya. Cuba mencari hikmah pada setiap kejadian. Aku melihat politik itu sudah ibarat makanan buat mereka. Dilumat, dicincang dan direbus di mulut. sahabat seusiaku generasi XYku juga telah membangun pesat. memberatkan kepala mereka sarat dengan politik takkala sambil membelai buku pelajaran tanpa membacanya. berbuih-buih mulut mereka berhujah pendapat antara sokong dan tidak sokong, antara setuju dan tidak setuju.
        Geram. Bisu. Benci. kenapa perlu aku terlibat sama. Adakah kerna aku juga hidup menetap ditanah ini. tanah yang menuntut pemimpinnya. dan pemimpin itu datangnya dijulang dengan harapan sepenuhnya diatas tangan rakyat sendiri. rakyat sepertiku.
        " hukumnya WAJIB", sambil menunding tangannya persis orang yang sedang berhujah. spontan Ustazah dikolej ku dulu menjawab teka teki ku selama ini.
         "kerna segala baik dan buruknya pemimpin kita itu datangnya dari jari kita ni. Jari yang mengecop itulah yang akan disoal diakhirat nanti. maukah kita menjadi manusia yang tidak berbuat apa-apa untuk melaksanakan tanggungjawab kita. atau mahukah kita menjadi manusia yang tersalah pilih atas pemimpin yang kita pilih. Berat tak berat amanah ni yang kita pikul. sebab itulah, jika kita mau pilih pemimpin, pilihlah pemimpin yang sebenar-benarnya. kita tengok pegangan mereka, jika Al-Quran dan hadis pegangan mereka, itulah pemimpin sebenar. supaya bila kita disoal nanti kita telah menjalankan tugas kita dengan sebaiknya" hurainya panjang lebar.
 terlopong mulutku sambil mengangguk-angguk kepala. kata-kata itu masih ternging-ngiang dicorong telingga ku.
        Benarkah politik itu jaga satu amalan yang akan dihisab diakhirat kelak?. Masih mempersoal.  sebenarnya cuba menafikan.

Ku sorotkan kakiku lincah berjalan tanpa tujuan sebenar. Ku pasang telinggaku sitajamnya. Cuba mendegar cerita-cerita politik sana sini. sesekali ku hinggap punggungku mengikuti perbualan mereka. Kadang kala sedih juga apabila diri ini sahaja yang ibarat katak dibawah tempurung. Tidak tahu sangat perkembangan semasa.

Telah berkali-kali dinasihatkan Ayah, disuruh baca surat khabar, disuruh tengok. Berita itu satu keperluan, satu bekalan yang membantu. Takkan masih nak jadi budak hinggusan yang asyik bermain game. Sekurang-kurangnya dengan siapa kita bekerja, dengan siapa yang bagi kita segala keperluan atau dengan siapa yang kita berhadapan sekarang, kita tahu mereka datang dari bulu siapa, juzuk siapa.

Bukan tak nak tengok berita. Tapi, waktu PRU 13 sebelum ni tak kira berita Tv 1kah, tv2kah atau tv yang ada diMalaysia ni semuanya sarat bercakap tentang keagunggan gelombang biru. Ibarat menonton episode gelombang biru saban hari. Segala informasi amalan kebaikan ditayang, diperkuatkan dengan ayat penegas oleh para pemimpin dan diriramakan oleh pembaca berita yang mahu cari makan. 

Tahulah semua siaran Malaysia ni dikuasai kerajaan. bersyukur jugalah, sekurang-kurangnya siaran Malaysia tidak sebebas seperti cerita orang putih. asyik 18 tahun keatas sahaja.
tapi terhinggap rasa ketidakpuasan hatiku. kenapa siaran dimonopoli oleh gergasi yang disembah ini.
Dimana Demokrasi? Dimana kebebasan Bersuara? Dimana kebebasan Memilih?
Dimana semua itu?..

Kerajaan itu tugasnya membangunkan, bukan untuk disembah atau didaulatkan.
Kita ada raja, Kita ada sultan tapi Kita juga ada Tuhan. Siapa yang sepatutnya kita daulatkan.
Pemimpin itu pemimpin yang dijulang, diagungkan dan yang paling penting dipercayai. tapi kenapa apbila pangkat dah memberat dibahu, nama dah disebut, tangan dah dikucup oleh orang tua, diolek dengan sembah tari sebagai ucapan selamat datang, diberi kerusi emas yang empuk sebagai tempat duduk, diraikan dengan bunga api yang meriah, tapi dasarnya segala itu datangnya dari peluh rakyat sendiri.

Peluh rakyat? 
"ya! duit rakyat" kata guru-guruku. Saya juga salah seorang yang membayar cukai ok! dan segala kemudahan yang kamu rasa sekarang datang dari duit ibu bapa kamu sendiri, duit dari pekera seperti kami" tegasnya cuba mengingatkan.


erm~ rupanya bukan hebat sangat gergasi itu.

mungkin sekarang sumber Tv sudah menyesatkan. lebih baik ku rujuk internet. Aku tahu internet sentiasa rancak berbicara tentang isu semasa. Tapi ingat baik-baik, sumber Internet itu tidak semua YANG BETUL.
jangan telan bulat-bulat sambil menekan-nekan kepala memberi peringatan sendiri.

"OMG!!" apa kes ni.
penipuan PRU 13. 
kubaca dengan penuh teliti. sana sini warga Blog menulis tentangnya. 
Kucuba renangi lautan Facebook. Cuba mencari pendapat dari sahabat handai. 
Apa ker bendanya ni? 
BLOKOUT??
Perhimpunan bersih, perhimpuan kotar. 

dia telus, dia pembohong, dia benar, dia penipu, dialah dalang dialah pahlawan, dia harus dijulang, dia harus menang, kerna dia hidup kan jadi senang, terjamin dengan keadilan.

AHHHHHH!!! jeritku tengelam dalam lautan manusia yang geram. Siapa harus ku jadi kawan kujadi lawan. mungkin bukan sekarang. belum waktunya datang. Esok lusa bila umur perpangkat dua, mengetuklah pintu amanah itu yang harus dilaksana.

perlukah ku pejam jelik buat tak tahu terhadap rasaksa perosak menguasai tanah merdeka ini?
aku ingin bersuara..
wakil dari pusaka Malaysia ditanah merdeka ini.

    wahai Bapa pewaris merdeka..
  kenalkan aku demokrasi
bukan dengan korupsi..
kenalkan aku erti mencurah bakti
bukan dengan habuan mata pencarian rakyat sendiri..
kamu raksasa yang hidup jinak dihati rakyat,
tapi tidak mustahil boleh jatuh terlonglai.
terhurai segala muslihat
bala tentera sedang mencari kebenaran
cari keadilan
cari kedamaian
jika mereka si pemilik senapang penyelamat negara.
berbaju kolar kemas kebanggaan negara
tapi diseloggok kertas merah hijau yang berharga
menjadi raja di malaysia
akhirnya menjadi kudis mencacat negara..
 ingatlah
kamu juga manusia
jangan kira pangkat kita berbeza kamu akan menang..
kerna kita juga ada Tuhan tempat menerima aduan..
   berikan aku nafas baru,
berikan aku senyuman kesyukuran..
jika kamu pemimpin yang Benar, 
maka kerusi itu layak buat mu..
jika kamu tahu adanya Tuhan,
maka kamulah pemimpin yang harus dijulang..


-pemilik asal-
             Touvan Fatailah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...