Sunday, 27 November 2011

MAAFKAN AKU

        
     Maafkan aku
       AMIN BIN DAUD

adaptasi dari ilusi kehidupan yang ku kira mungkin hanya hayalan..
gabungan idea serta emosi memberi aku ilham untuk menulis cerita ini
agar KAMU rasakan bahawa 'ia' wujud dan 'hidup'....















 BAB 1

Adakalanya manusia tidak dapat larikan diri dari apa namanya cinta. Manusia yang paling berbohong besar di dunia ini adalah apabila mereka katakan mereka tidak perlukan cinta. Cinta datang tanpa diundang. Cinta bukan datang dengan jemputan. Jika kita selami kejadian percintaan itu dengan penuh teliti kita akan dapati sungguh besarnya  kekuasaan Allah.
   Cinta yang bermula pada awalnya di pancaindera kita, kita tertarik, kita tertawan, umpama berjuta manusia yang berada saat itu hanya dia yang teristimewa di depan kita. Kemudian jantung hendak menegur, betapa kuatnya rangsangan pancaindera kita hingga hati tidak senang duduk. Hati juga ingin menyelami, tercari-cari sesuatu yang istimewa itu.
    Siapa yang mampu menahan hadiah Ilahi ini. Dan siapa juga yang mampu merungkai kejadian yang terindah walaupun melalui penulisan. Kita boleh mengarang bait-bait cinta yang mampu menusuk terus ke kalbu. Tapi menulisnya dengan perasaan tidak sama dengan apa yang tertulis dalam naluri kita.
   Dan kisah inilah yang ingin aku coretkan buatmu. Bermula dari kata-katamu yang sungguh bermakna itu. Aku masih ingat setiap bait yang kau katakan kepadaku dahulu. Kau cakap “dalam percintaan Aku ingin bersama dengan seseorang itu cukuplah sahaja yang dia tahu aku sayang dia lebih dari segalanya. Tidak perlulah ber’couple-couple’ segala. Tidak perlu dengan ikatan, Yang aku mahu antara aku dan dia Cuma kasih dan sayang. Itu lebih baik dan akan lebih berkekalan selamanya.
   Aku analisis kata-kata mu. Setiap saat ia terngiang di telingga ku. Kau telah mengubah pemikiranku dan memberi aku inspirasi dalam menuai sebuah percintaan. Aku mencari siapakah gerangannya manusia yang bertuah itu. Aku mulakan experiment pertamaku. Bukan untuk menguji tapi untuk merasai betapa indahnya resam percintaan ini.


BAB 2
     
    Aku tersenyum, gembira, bahagia dan segalanyalah yang susah untuk aku khabarkan. Aku senang dengan lawak bodoh ini, aku gembira tiap saat bersama dirimu mengusai dunia ini. Kau berikan aku nafas baru yang aku tidak pernah mimpikan. Aku bahgia, aku gembira dan aku mahu bersama mu setiap hari yang diberi.
     Kenapa ni? Kata ku dalam diri. Bermonolog di malam yang masih muda. Kenapa aku tidak mampu lupakan dia. Kenapa jantung aku berdegup berbeza iramanya. Kenapa aku sentiasa mencari mu. Dan sekarang aku bersendiri, dan perasaan yang paling aku benci itu tiba-tiba cuba berkenalan denganku semula. Dan perasaan itu adalah RINDU. Aku merinduimu. Entah tiba-tiba sekelip mata tanpa aku sedar dari mana ia datang menyerang. Dengan lagu cinta yang aku mainkan di Laptop 1 Malaysia ini membuatkan aku lebih beremosi. Membuatkan aku lemas, sakit dan tidak bermaya. Kejamnya dirimu. Kau lemahkan aku dengan sebuah perasaan yang bertapak dihatiku. Yang aku sendiri tidak pernah fikirkan.
    
 Puas aku menyoal, puas aku meneliti. Segala soalan-soalan objektif aku mulakan dari awal jika masih belum aku dapatkan jawapannya. Tapi itu masih belum cukup, aku tambah dengan soalan struktur dan esei. Aku senaraikan satu-persatu yang aku kira betul dan menjawab segalanya. Rupanya aku masih gagal mencari skema jawapan itu. Dan saat itu aku sedar, hanya satu jawapannya ‘AKU JATUH CINTA PADAMU’.
   Sedikitpun hati ini tidak berselera untuk ungkapkan perasaan itu. Mungkin masih berpegang teguh pada pendirian bahawa aku takkan ucapkan perkataan itu selagi hati aku belum benar-benar merasainya. Dan sekarang ia datang dengan penuh kesempurnaan kenapa aku masih Cuba menafikannya.
       Bukan CINTA ini yang aku risaukan. Bukan perasaan ini yang aku cuba elakkan. Tapi aku telah mencintai dirimu. Iaitu insan yang pernah katakan kepada aku suatu masa dahulu bahawa kau ingin bersama dengan orang itu cukup dengan dia tahu bahawa kau sayang dia. Saat itu baru aku sedar bahawa aku telah berdosa kepadamu. Tapi kau tidak pernah tahu dan mungkin selamanya tidak akan tahu. aku akui kesilapan ini dan dalam diam aku ingin mohon maaf kepadamu biarpun kau tidak tahu apa-apa.
    Aku teruskan memasang angan-anganku. Aku terus berseronok dengan alam fantasi yang aku bina. Dan saat itu aku sedar bahawa memang tepat kata-katamu, bahawa cukup menyayangi orang itu mambuatkan kita bahagia biarpun tanpa apa-apa ikatan. Saat itu tanpa kau sedari orang yang aku cuba gunakan aplikasi ini adalah kamu. Aku ingin jerit dipuncak gunung menjerit nama mu bahawa aku telah jatuh cinta pada mu.
       Kasih sayang aku sentiasa tumbuh subur menjadi taman kiranya pada seketul daging hatiku apabila saat bersamamu. Namun, tidak semua hari-hari kita bersama. Jika selama ini aku keseorangan tiada berteman tidak sedikit pun bersarang lukanya dihatiku. Tapi bila hadirnya kamu dan ia telah membuatkan aku merindu tidak sama hari-hari yang kurasa sebelum ini. Terus terang aku katakana Aku memang tidak boleh hidup tenteram jika wujud perasaan RINDU. Ia Umpama satu penyakit yang tidak mampu aku menahannya.
    Semenjak itu aku rajin Online Facebook. Dan terbuka sahaja akuan Facebook aku, orang pertama akaun yang aku akan buka adalah akaun dirimu. Lagipun tujuan aku online pun sebab dirimu. Entah kenapa, mungkin sebab penyakit rindu itu membuatkan aku semakin gila kepadamu.  Dan aku sudah mula berjiwang disetiap post yang aku kirimkan. Mungkin itu memang hobi aku. Tapi percayalah, aku takkan post segala perkara yang jiwang-jiwang ni jika ia tidak datang dari hatiku. Kata-kata yang ku tulis bukan sekadar contengan melepaskan tekanan, ia adalah satu luahan hati yang tidak mampu meluahkan.
           Facebook membantu aku serba sedikit mengurangkan kesakitan hati yang terlalu dalam untuk diubati. Jika hari ini aku dapat berborak dengan mu di Facebook, percayalah akulah manusia paling gembira saat itu. Akulah manusia yang paling bahagia. Hingga aku mampu rasainya di mimpiku. Kau datang dengan senyuman menyuluhku kebahgiaan dalam hatiku.




BAB 3
       Ekperimen yang dirancang tidak terlaksana seperti yang diharapkan. Aku memang sayang dirimu, tanpa pengetahuan mu mungkin. Selama ini kita hanya mampu merasainya dalam persahabatan biasa. Tetapi didalam hatiku ada sesuatu yang luar biasa. Kenapa kita tidak boleh jadi manusia yang saling menyayangi tanpa perlu terikat dengan ikatan kekasih. Aku pernah bertanya pada hatiku.     Boleh, memang boleh, tapi Cuma aku yang tidak mampu. Aku boleh menyayangi mu dan berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku antara kita tapi perasaan sayang ini terlalu dalam ertinya. Berpura-pura melihatmu tanpa ada apa-apa adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin selama ini aku pernah menyayangi orang lain dan begitu senang sahaja aku ungkapkan kalimat itu. Namun kau bagiku bukan seperti insan-insan lain yang boleh aku ungkapkan sayang begitu sahaja. Kau istimewa, apabila aku katakana istimewa aku benar-benar maksudkan. Mungkin aku tidak mampu tunjukkan. Tapi percayalah.
     Aku tidak boleh teruskan semua ini. Aku lemah. Aku tidak mampu menahan perasaan cinta ini. Sebab dengan lima angka ini, C.I.N.T.A  membuatkan kau merasa pelbagai emosi. Aku merasa RINDU, SEDIH, SEPI dan segalanya yang menguji tahap kesanggupan aku meneruskan hidup. Pertama kalinya aku lemah kerana satu perasaan dan aku gagal menghadapinya.
      Kalau boleh aku ingin rakamkan saat-saat indah bersamamu. Kenapa payah diriku untuk menahan. Aku takut jika aku luahkan kepadamu, kau akan semakin menjauh dariku. Sebab akulah tempat kau selalu luahkan segala cita-citamu dalam percintaan. Dari insan yang dia ingin bersama hingga insan yang kau sukai. aku tetap jadi pendengar setia. Tetap berlakon seperti tiada apa-apa saat mendengar ceritamu. Dari situ Segalanya aku tahu tentang percintaan mu, dari cinta yang tidak kesampaian, dan insan yang kau ingin bersama. Aku memang gembira semua itu. Memang seronok melihat kau gembira berkongsi segalanya kerna aku turut gembira melihat kau gembira. Susah untuk aku terangkan. Kisah ini umpama filem My Heart. Kisah seorang teman yang membantu temannya mencari kebahgiaan dalam percintaan tetapi pada masa yang sama dia turut jatuh cinta pada temannya itu.
  Semua yang berlaku membuatkan aku rasa cukup terpukul, aku tidak mahu katakan perkataan CEMBURU sebab perkataan itu hanya wujud pada pasangan yang sedang hangat bercinta. Tapi kita tidak. kita tidak pernah bersama pun. Jadi rasanya mungkin aku SEDIH. Sedih mendengar segala cerita mu yang  tiada sedikit pun tentang aku. Salahkah aku bermimpi, salah aku aku berangan-angan. Salahkah aku menyayangi mu.
    Jadi bila fikiran ku makin keliru. Bila air mata aku yang selama ini aku kumpulkan tiba-tiba berderai kerana mu. aku mahu katakan kepada mu, ingin luahkan kepada mu tapi aku gagal. Jadi aku beli sebuah buku, buku diari yang akan aku guna buku itu untuk coretkan puisi-puisi tentang hidupku.
  Indahnya buku ini aku hanya mampu  melakar puisi ini apabila kau teringatkan dirimu. Apabila aku dilanda gelora rindu pada masa itu aku akan luahkan dengan kata-kata. Saat itu aku sedar akan kekurangan diri bahawa kau hanya mampu melakar puisi cinta apabila ada sesuatu yang ingin aku katakan. Ingin aku luahkan. tetapi pelbagai batas yang menghalangnya. Dengan adanya buku puisi ini mengurangkan kesakitan perasaanku terhadapmu.


Jika hari ini aku berpuisi,
maknanya hatiku dicengkam lara,
Maknanya aku lemah tidak berdaya,
Hatiku terlalu pedih menahan sebuah perasaan,
Yang hanya bisa diringankan dengan penulisan,
Jika hari ini aku berpuisi,
Setiap bait yang aku coretkan,
Semuanya tersulam emosi,
Semua cerita yang ingin aku tuliskan,
Dan ingin kau lupakan,
Aku RINDU padamu.

Hampir setiap helaian kertas yang tercoret itu tentang CINTA,RINDU, SEPI, SEDIH, BAHAGIA dan PEDIH. dan emosi ini wujud kerana dirimu. Semua tentang dirimu. Seandainya dirimu tahu, cukup dirimu menghargai puisi ini sudah membuatkan aku merasa SEMPURNA dan impianku terlaksana.

BAB 4

   Masa terus berjalan meninggalkan kenangan. Buku itu semakin penuh terisi. Tapi aku merasakan masih belum membantu malah menambahkan kesengsaraan. Kadang kala ia membuatkan aku mahu larikan diri dari semua ini. Memang salah aku sendiri. Aku yang memulakan semua ini.
   Petang itu aku terlena. Ingin mengurangkan beban di otak ini. Mungkin bermimpi seketika dapat mengurangkan masalah yang menimpa diriku ini. Tapi kadang kala aku juga takut untuk bermimpi. Sebab aku akan mimpikan kau setiap hari. Tapi mimpi juga tempat aku melepaskan kerinduan. Mengharapkan  semoga kau hadir dalam mimpiku.
    Tapi, hari itu kau tetap muncul dalam mimpiku. Namun kau hadir membawa kesedihan yang teramat dalam hidupku membuatkan hari itu hari termalang dalam hidupku. Kehadiran mu dalam mimpiku bersama seseorang. Kau bersama orang yang aku cukup kenal. Orang yang selalu kau ceritakan kepadaku, orang yang kau pernah menangis kerananya. Dan orang itu adalah cinta hatimu.
  Kamu sungguh bahagia. Sangat –sangat bahagia. Belum pernah aku tengok kau bahagia begitu selama ini. Tidak sangka aku melihatnya dalam mmpiku. Aku cuba memanggil nama mu. aku mahu kau tahu aku juga berada disitu melihat mu dan mahu berkongsi kegembiraan bersama mu. tapi kau Cuma melihat aku yang menanti kau membalas senyum ku. Dan kau pergi begitu sahaja. Meninggalkan aku keseorangan. Saat itu aku rasakan jantungku seperti dirobek cebisan demi cebisan. Hatiku hancur remuk. Mimpi ini ibarat berlaku dialam nyata, sungguh real. Aku lantas terlena dari mimpi dengan tangisan mengingati dirimu.
   Kenapa aku harus menangis sedangkan ia Cuma mimpi. Saat itu aku terfikir bagaimana jika mimpi itu adalah petunjuk bahawa ia akan berlaku di alam nyata. Mungkin esok, lusa ataupun seterusnya. Sudahkah aku bersedia? Adakah aku bersedia? Aku takut, aku risau, dan keluru. Buat pertama kalinya aku terpaksa memilih sama ada meninggalkanmu atau teruskan angan-angan ini. Aku tidak mahu tinggalkan kau. Tapi aku juga tidak mahu terluka.
       Aku terlalu lama berfikir, apa yang patut aku lakukan. Aku berdoa kepada Tuhan agar dibantukan aku mencari jalan. Aku menangis seorang diri kerana hanya itu sahaja yang aku mampu lakukan.  Masa membantu aku mencari jawapan. Sujud kepada Allah mengosongkan fikiran dan memberiku kekuatan untuk teguh pada satu jawapan. Bila kau sudah mendapat kekuatan ini dengan perlahan aku bisik dalam diri aku ‘ AKU AKAN HILANGKAN PERASAAN CINTA INI TERHADAPMU’.

BAB 5
 
  Ya! Jelas aku katakan. Aku akan cuba lupakan mu. sangat senang aku lontarkan kata-kata itu tetapi payah untuk aku lakukannya. Aku cuba teguhkan azam ini. Kalau bukan sekarang bila lagi? Ayat itu aku selalu ulang agar aku tidak terlupa.
   Tapi bagaimana? Baru sekarang aku menanya. Aku harus menyusun strategi. Strategi pertamaku adalah dengan meninggalkan dirimu. Tapi bagaimana? Setiap hari aku akan berhadapan dengan dirimu. Itu mustahil.
   Mungkin aku akan kurangkan bercakap dengan mu. ya! Itu mungkin jalannya. Dengan cara itu aku akan cuba biasakan diriku hidup tanpa mu. cuba lupakan segala angan-anganku. Aku akan cuba berjauhan dengan dirimu buat masa ini. Namun cara ini terpaksa aku rasa kesannya. Pasti kekok keadaannya masa itu. Biarlah! jangan terus beralasan lagi. Teruskan usahamu! Jeritku penuh semangat.
     Strategi sudah aku mulakan. Tapi ia sungguh menyakitkan. Lebih baik rasanya kau berjauhan dariku berbanding aku berpura-pura menjauh darimu. Aku juga semakin  beremosi. Semakin rajin online, semakin rajin post segala luahan hatiku. Kadang kala ia sedih, kadang kala ia rindu dan kadang kala aku memprotes.
   Seingatku kau pernah dengar ceritaku. Tentang sebuah puisi yang aku ciptakan puisi itu sudah lama tersimpan. Puisi ini hanya akan aku berikan kepada orang yang sangat istimewa. Dan aku minta izin kepadamu agar puisi ini aku hadiahkan kepadamu sempena hari jadimu yang akan datang. Tapi, kau kata itu hanya untuk seseorang yang istimewa sahaja. Biarpun kau tidak sedar dan tidak sengaja katakana perkara itu aku sebenarnya telah terluka. Saat itu aku merasakan segala puisi aku tidak dihargai. Malah aku makin sengsara apabila membaca segala puisi yang aku coretkan untuk mu selama ini. Kebanyakannya tentang kesedihanku.
    Saat itulsh aku mengambil keputusan untuk tidak menulis sebuah puisi lagi. Biarlah puisi ini mati ditenggah jalan. Puisi itu tetap aku simpan dan aku percaya suatu hari nanti pemilik yang sebenar-benarnya pasti akan datang. Aku setia menunggu.
   Terlau banyak usaha yang aku lakukan. Sedangkan kau hadir dalam hidupku sangat cepat begitu sahaja tapi untuk menghilangkan bayang mu dari hidupku perlu masa yang terlalu lama. Perlu banyak pengorbanan. Perlu mengharungi pelbagai proses. Dan sepanjang proses itu pasti menyebabkan aku merasai kekecewaan, kesakitan, kepedihan dan kehancuran. Aku tiada pilihan. Apa pilihan yang aku ada? Menunggu mu menerimaku. Tidak mungkin. Habis apa? Pastinya mengucapkan SELAMAT TINGGAL adalah jawapannya.
   

BAB 6
   
   Masa masih berjalan. Hatiku masih merasainya. masih berusaha merawat luka yang sudah terlalu dalam itu. Aku masih berusaha melupakan mu.
   Tanpa disangka, suatu petang yang indah datang seseorang aku aku pernah mimpikan bersama mu dulu, Buah hatimu kononnya. Tanpa disangka, tiba-tiba dia massege di Facebook aku yang dia rindukan mu. dia mencari dirimu. Dia masih sayangkan mu. saat itu aku terkelu. Aku malas mahu masuk campur hal ini. Tapi terus terang aku sangat terluka apabila kekasih mu sendiri minta bantu aku mencarimu.
   Saat itu aku harap ada seseorang yang tampar aku kuat-kuat agar aku betul-betul sedar. Bahawa aku ni tidak pernah wujud langsung dalam hidup aku. jadi apabila datang kekasihmu, aku pun terfikir. Tiba masanya aku bantu dia mendapatkanmu. Sebab dialah milikmu yang sebenar-benarnya. Aku Cuma mahu melihat kau bahagia. Tidak perlu risaukan diriku.  Aku tetap membalas senyumanmu walaupun susah hati aku untuk menahan. Jangan risau, aku akan berlakon sebaik-baiknya ibarat tiada apa-apa yang berlaku dimatamu biarpun aku sedih masa itu.
      Sudah tiba kau lepaskan perasaan itu jauh-jauh. Ia tidak lagi membuatkan diriku kecewa. Aku akan cuba kurangkan online di Facebook. Sebab sakit rasanya membaca post dirimu. Aku tidak dapat lupakan dirimu saat aku baca tentang dirimu. Aku ingin tenangkan fikiranku yang bercelaru. Aku ingin larikan diri jauh-jauh dari kelibat mu. dan aku juga ingin bersihkan Facebookku dari segala yang membuatkan aku sukar untuk melupakan mu. saat itu, tanpa berfikir panjang aku mengambil keputusan untuk deactivate akaun FB buat sementara waktu. Biarlah aku ibarat katak bawah tempurung lepas ni. Itu lagi bagus dari mengingatimu saat membuka FBku.

BAB 7
    sekarang, entah! Saya sendiri tidak tahu perkembangan kisah hidupku. Sekarang kaupun dilanda gelora cinta dalam hidupmu. Kalaulah aku dengar dahulu penjelasanmu tentang insan yang tergamak menyakitimu itu. Tidak sedikitpun aku melayannya sebagai teman difacebook. Tapi rasanya aku tidak mahu. Tidak mahu lagi mendengar apa-apa cerita tentang dirinya. Bukan malas, Cuma aku tidak mahu terluka. Mendengar kisah percintaanmu yang pernah hadir dan membina kenangan tersendiri. Sedangkan aku hanya mampu berkhayal. Tak kisah la! Mengingatimu pun sudah cukup membuatkan aku bahagia.
 
  Apabila kau disakitinya terniat dihatiku cuba untuk membantu segala yang mampu agar kau tidak bersedih lagi. Namun, apabila aku fikir sejenak aku sebenarnya telah menambahkan kesedihanmu. Saat kau bersedih, aku sepatutnya semakin rapat kepadamu. Menemani hari surammu. Namun apa dayaku, peluang itu hanya akan membuatkan aku semakin memburu angan-anganku. Oleh sebab itu aku tahu kau marah kepadaku. Aku sedar, aku perasaan biarpun kau cuba sembunyinya ia sangat jelas dimatamu. Kau begitu marah kepadaku. Kau sedih keranaku.
   Keputusanku aku untuk tidak melayanmu lagi membuatkan dirimu berasa aku sungguh kejam kepadamu. Aku tahu biarpun kau tidak pernah tanyanya. Sudah beberapa kali kau bertanya kepadaku kenapa aku begini. Kau perasan aku bersedih. Kau perasan kenapa aku cepat berubah. Tapi aku hanya membalas dengan senyuman. Aku tahu kadangkala kau juga malas melayan aku yang sukar di jangka.
    Alangkah bagusnya jika aku dapat terangkan satu persatu segala yang terbuku. Aku harap kau faham kenapa tiba-tiba kau berubah. Bukan sebab mana-mana pihak. Kehadiran DIA yang mencarimu dulu tidak langsung menghasutku. Mahupun mana-mana manusia yang menyuruhku agar manjauh darimu.
 Pernah kau Tanya kepadaku kenapa kita tidak serapat dulu. Terlalu susah untuk aku menjawab pertanyaan itu sedangkan aku mampu mengarang ayat untuk menjawab soalanmu. Jadi, dengan kesempatan waktu aku duduk di depan computer ini dan mencoret segala yang ingin aku katakana dapat menjawab segala persoalanmu. Jika kau baca semua ini aku harap niatku selama ini tercapai. Aku tidak mahu jadi manusia penakut lagi. Aku tahu kau pasti akan tergelak membaca semua coretan bodohku. Itu lagi bagus dari melayan perasaan yang sangat-sangat bodoh.
   Kau tahu, kadang kala aku cuba menahan air mata bila kau ceritakan tentang percintaan mu. aku tidak kisah. Tidak apa, aku tidak ada hak langsung dalam hidup mu. namun, semua itu membuatkan aku sangat terluka.
     Aku tahu dan pasti jika suatu saat kau baca semua ini, kau pasti tahu siapa manusia yang aku ceritakan dalam novel yang mengarut ni. Kalau kau masih belum tahu atau keliru, tidak apala. Aku tidak kisah. Dan aku tidak mahu kau kisah.
    Apapun aku bersyukur dapat mengenalimu. Setiap kenangan ini memberi aku kekuatan dalam menyelami sebuah percintaan. Ibarat peribahasa menyebut, jika ilmu belum penuh didada jangan cuba jolok sarang tebuan. Aku harap kau dapat maafkan aku.
Maafkan segala kesilapanku. Terlalu banyak perkara yang aku lakukan tetapi tidak sekali pun aku mohon maaf kepadamu. Maafkan aku kerana mencintaimu.







BAB 8
   Sepi...
Adakah ia sudah berakhir. Adakah lepas ini jika aku penjam mataku perlahan-lahan adakah keadaan akan kembali seperti asalnya. Mengharungi hidup seperti manusia biasa. Kita berjumpa, kita bercakap, kita bercerita dan kita hidup bersama tanpa apa-apa yang luar biasa.
   Cintaku kepadamu dimana harus aku kuburkan. Aku tidak tahu apa harus aku lakukan. Sedangkan cinta yang hadir ini datang dengan penuh kesempurnaan. Terima kasih aku ucapkan. Kehadiranmu memberi aku peluang merasai apa ertinya jatuh cinta.
     Aku memang tidak mampu lari dari perasaan itu. Dan sekarang ia sudah menusuk ke kalbu. Tapi malangnya aku terpaksa buang perasaan ini jauh-jauh. Kerna, segala yang berlaku antara kita hanya satu kesilapan. Kesilapan diriku, kesilapan hidupku. Besar maknanya mencintaimu, tapi lebih besar lagi kesannya jika menyayangimu.
    Cukuplah kata-kataku ini. Telah aku bukukan apa yang tertulis. Kini tiba masanya aku letak noktah dipenghujung cerita ini sebagai tanda penamatnya. Aku tidak mahu ucapkan selamat tinggal kepadamu. Namun satu saat, aku pasti akan mendengar ucapan selamat tinggal darimu. Mungkin bukan masanya. Belum tiba masanya.
     Sebelum cerita ini berakhir, ada dua perkara yang aku ingin kau tahu dariku terhadapmu.


Maafkan aku..
Aku sayang kamu selamanya...










Terakhir dariku
Takkan aku lakar puisi ini jika cinta itu tidak wujud,
Namun bagaimana?
Bagaimana AKU harus berhenti?
Cinta itu masih kencang berdegup didadaku,
Kusangka telah ku tuai sebuah taman hati untukmu,
Rupanya ia hanya hayalan,
Aku hanya bermimpi selama ini,
Cinta yang ku ukir tidak pernah wujud di hatimu,
Aku terpaksa pergi,
Pergi meninggalkan perasaaku,
Melupakan segala angan-anganku,
Maafkan kesilapanku,
Aku telah berdosa kepadamu,
Cuma satu pintaku,
Bahagialah bersama cinta impianmu,
Jangan pernah berputus asa mencari kebahgiaan cinta,
Kerna kebahgiaan itu menbuatkan aku bahagia,
Bila dirimu bahagia.


- Touvan Fatailah-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...