Jom CEK!

Wednesday 2 November 2011

trip

Assalammualaikum..

lama tak jenguk.... lama benor diri ini menghilang...
seribu kemaafan aku ucapkan,
lama tak update blog sebab kami ni sedang dalam peperangan untuk SPM..
Sijil Pelajaran Malaysia..
yang menjadi mimpi buruk kami..

skang ni tengah sruggle lah..
jadi kepada semua sahabatku, doakanlah kejayaan kami..
semoga kami berjaya dalam Hidup..
AMIN

pada hari2 yang saya tempuhi selama tidak menulis blog ni, pelbagai cerita yang saya ingin kongsikan..
namun masa tak selalu mengizinkan..
ni kisah antaranya..
hal2 Facebook..
ya! manusia yang telah mendaftar sebagai ahli Facebook, yang rajin update status tau rajin post2 benda menarik segalanya hanyalah satu tembok pembohongan..
cewah gramatis sangat ayat ni..
apa yang saya perhati, manusia berfacebook ni sebenarnya penuh penipuan, pembohongan..
contohnya lah, ada sesetengah tu yang suka post perkara berunsur nasihat..
memang baik..memang perlu dipuji..
tapi betulkan apa yang ditulis itu, itulah  yang diamalnya..
banyak saya jumpa org sebegini... ada yang memang baik ada juga yang sekadar rajin menulis..
bukan bermaksud saya membenci, TIDAK!!
tapi kenapa harus post benda yang kita langsung tidak lakukan...
bukankah itu namanya munafik..
agak masin pula mulut ini..

sebab saya rasa kurang senang bila ada orang ni suka membawa nama2 Tuhan, nama2 Rasul segala..
tiap post mesti terselit tentangNya.
itupun cuma terselih.. salah satu cara mengaburi org ramai..
tapi dasarnya dialah org yang banayk menyakitkan hati orang..
buat dosa, buat jahat, derhaka ibu bapa, maksiat sana sini..
jadi apalah motif menulis hal2 agama tesebut kalau diri sendiri jauh tersimpang daripada apa yang ditulis..
adakah anda tidak bersalah??
saya sendiri memang suka post sesuatu yang berunsur keagamaan ni..
baru nampak kebaikan  berfacebook tu..
ni kalau asyik 24 jam tengok gambar2 seksi perempuan2 yang diAdd..
buang masa + tiada guna = tambah dosa

saya kadangkala tersentum juga baca entry2 yang manis2 bahasanya bercerita perihal agama..
terutama bila org tu saya kenal..
saya hairan, baik pula dia di facebook ni..
sedangkan diluar macam setan!!
saya tak ada hak sebenarnya mahu menilai dia sebab saya bukannya tahupun pasal dia..
that way, Dunt judge the book by the cover..

saya pun tiada lah hak nak mengomen perihal manusia di facebook ni..
melainkan dia tidak post sesuatu yang sangat sensitif dan berbaur penghinaan..
yang lain tu, lantak hang lah..

nasihat saya simple jak..
sebelum anda post sesuatu tukan... fikir baik2...
saya sudah pernah melakukan kesalahan dimana saya menghina seseorg ni di facebook atas sebab marah..
dan saya akui kesalahan dan belajar daripada kesilapan tersebut..
cuba anda fikir panjang2, adakah apa yang anda post ni adalah sahih..
adakah benar?
adakah ia mencerminkan diri anda sebenar?
bukan sekadar ingin mendapatkan perhatian, pujian?
fikir betul2..
kerna orang yang hanya bercakap manis seperti madu tentang keagamaan,
tapi sebenarnya dirinya sepahit hempedu..
percayalah,
itulah tanda-tanda besar kiamat..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...