Jom CEK!

Sunday 3 July 2011

Asmaul Husna ( nama-nama Indah Allah SWT)

ASSALAMUALAIKUM!!   
Tak jawab berdosa..

Entah kenapa tertarik untuk saya menulis entry tentang nama-nama indah Allah. mungkn tertarik dengan lagu merdu Asmaul Husnah di astro Oasis.
Asmaul Husna  bermaksud nama-nama Allah  S.W.T yang indah.
Mengikut hadis Rasullullah, terdapat 99 nama Allah yang mulia. Bercerita tentang angka 99 ni, ada perkara yang saya nak kongsi:

Lihat, betapa besarnya keagungan nama-nama Allah ni. Sebagai umat islam, kita WAJIB mengetahui nama-nama Allah. Kita bukan sahaja tahu tetapi mengamalkannya dalam hidup. Jangan asyik tahu memerdukan zikir yang berkumandang tiap hari jumaat di surau sekolah tu.
Kenapa kita perlu tahu??
Seperti yang sedia maklum, saya percaya masing-masing ada jawapan yang mantap berserta subjek dan predikat yang kukuh. Kalau boleh ada bukti dan peribahasa lagi. Apapun tujuan utama kenapa kita perlu hayati nama-nama allah ini adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Berdosa bagi kita untuk memikir bagaimana rupa fizikal Allah sama ada Dia ni manusiakah, apa-apakah. Allahualam.. macam mana kau fikir pun pasti takkan berjaya melainkan jika kehendak-Nya. Sebab itu ada asmaul husna untuk menerangkan kita sifat-sifat Tuhan kita.
Ini menunjukkan bahawa kita tidak mampu menandingi kekuasaan Allah SWT yang lengkap dengan sifat-sifatnya yang hanya ada sedikit pada manusia. Senang cakap kita ni tidak boleh menandingi segala kebaikan dan kejahatan Tuhan Maha  Besar. Kalau anda rasa anda lar yang paling baik atau jahat, tidak akan dapat tandingi dengan kemurahan dan kemurkaan Allah pada hambanya..
Selain itu juga, apabila kita menyemat Asmaul Husna ini di dalam sanubari kita, Insyallah kita akan semakin dekat dengan Allah SWT iaitu pencipta kita. Dari situ juga memudahkan kita untuk memohan sesuatu kepada Allah SWT .
agak-agak lar doa kita termakbul kalau Tuhan kita sendiri kita tidak kenal. Bila kita berdoa juga, contohnya kita mahu jadi bijak, dengan menyebut nama Allah SWT iaitu Al-Hakim ( Maha Bijaksana) berulang kali pasti akan dimakbulkan. Oleh sebab itu penting bagi kita menghayati semua sifat-sifat Allah. Saya masih ingat kata Ustazah saya, kalau kita tidak mampu mengamalkan semua sifat-sifat Allah ini cukup lar satu untuk setiap hari sudah memadai. Hal ini dengan serta merta akan membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT.
Bagi yang sedar diri tu, pasti akan insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri. Mereka boleh membandingkan diri mereka dan memotivasikan diri menjadi individu yang cemerlang dan bertakwa.
Terdapat Beberapa Ayat Al-Quran dan Hadis, Yang Menyebut Tentang Keistimewaan Asmaul Husna . antaranya:

1 - Al-A'rof ayat 180, bermaksud: "Allah mempunyai Asmaul Husna (Nama-nama yang baik / indah), maka berdo'alah kamu semua kepada-Nya dengan menggunakan Asmaul Husna".

2 - Thoha ayat 8, bermaksud: "Dialah Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai  Asmaul Husna".

3 - Al-Hasyr ayat 24, bermaksud: "Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Daan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

4 - Al-Isyra' ayat 110, bermaksud: "Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna".

5 - Hadith Susunan Turmizi jilid 5 hal 193, no Hadith 3575, bermaksud: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, barang siapa hafal (dan membacanya setiap hari) masuk Syurga".
So, saudara-saudar ku... sama-sama lar kita renungi akan entry ini. Mungkin tidak seberapa dari saya tapi yang kecil ini juga besar maknanya bagi saya. Yang kurang atau terlebih tu semuanya datang dari saya, yang baik pula datang dari Allah SWT.
Sebelum saya menutup tirai, saya ingin berkongsi satu video Asmaul Husna yang totoly merdu dari Dr Ary Ginanjar di Astro Oasis.
http://www.youtube.com/watch?v=dlyPJ6gVA7o


                                                                                                                                       - Amin D-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...