Jom CEK!

Friday 30 March 2012

Qada' dan Qadar

Assalammualaikum semua..


Alhamdulillah 
Touvan Fatailah telah bangun dari mimpi yang agak lama..
sebangunnya dari tidur, masih meronta2 disebalik kelelahan setelah membadai arus dunia mencari keperluan..

Anyway!!
banyak sekali dan berkali-kali sebenarnya saya nak cakap.. namun saat mau delivery idea itu, ia terbatas dengan waktu yang saya ada..alahai ruginya..

apapun, buat masa yg emaS ni adalah juga satu kongsian yang saya rasa agak menarik untk saya ceritakan.


al-kisah bermula takkala di ranjau waktu yang telah berlalu,


saya ada seorang teman, teman yang sangat rapat..
suka duka, nafsu serakah, dikongsi bersama..
dia rakan yang cukup baik dan memahami,
mungkin tidak sempurna, mungkin tidak sebaik melaikat,
cukup dia menjadi peneman di kala waktu memerlukan..


suatu hari dia berkata,
setiap apa yang kita lakukan, makankah, minumkah, berrr kah dan macam-macam lagi telah pun ditentukan takdir a.k.a Qada' dan Qadar.. setiap kebaikan mahupun kejahatan yang kita lakukan semuanya atas kebenaran Allah.


saya pun bertanya,
macam mana pula kalau kita berbuat salah.. dosa besar seperti membunuh.. takkan Allah benarkan kita melakukan kemungkaran tersebut.. tidak menyelamatkan insan yang dianayai..


dan jawapannya 'YA', Allah lah yang mengizinkan kita untuk mengerakkan setiap sel-sel otot kita, mengerakkan badan kita, memberi kita tenaga dengan penuh perasaan dan suasana dramatik (sekadar menambah ayat-ayat gramatis) untuk membunuh.


keningku pun berkerut , tona rasa dan emosi mula berubah warna.. dalam diam aku berbisik, 
" biar betul mamat ni"

tanpa sepatah kata dari mulutku untuk bertanya, dia sudah dapat membaca dari muka ku yang seremuk kertas kerana kekeliruan..
"begini ceritanya", dia mengulas sopan
cuba kita ingat kisah saat mula-mula Manusia, Melaikat dan syaitan
( sengaja mengecilkan huruf syaitan sesuai dengan derjatnya)
bila mana syaitan di minta untuk sujud kepada manusa tetapi dia tidak sujud, maka Allah telah murka dan mencampakkannya kedalam neraka JAHANAM( laungkan dengan penuh emosi)
maka saat itu sebelum menjadi penguni neraka secara permenent, syaitan meminta izin kepada Allah untuk menyesatkan manusia agar  sama-sama log-in jadi member neraka beramai-ramai..
maka Allah izinkan..


lihat perkataan yang saya highlight-kan
MEMINTA IZIN
syaitan sendiri meminta izin kepada Allah untuk menyesatkan manusia dan Allah izinkan..
maka ceritanya disini, apabila kita membunuh misalnya,
kematian si mangsa tidak akan berlaku melainkan  atas ketentuan Allah S.W.T.. mana tau si pembunuh menangguhkan jadual pembunuhannya kerana terburu-buru mehu menonton konsert Mania.


cuba fikir kenapa Allah izikan..
guna konsep ayat tanya,
KENAPA??
- kerana Allah ingin menguji sejauh mana iman kita terhadapnya.. adakah saat kita ingin melakukan dosa itu kita berfikir tentang Allah dan terus tiada mood mahu lakukan kerana takut kepada Allah, atau terus melakukannya kerana tertelan dengan hasutan syaitan..


memang benar, semuanya telah ditentukan dengan qada' dan qadar,
qada' ni bermaksud ketentuan dan ketetapan yang telah ditentukan Allah sejak azali lagi
tapi qada' terbahagi kepada 2: qada Mubram yang kita tidak boleh ubah, dan Qada'Muallaq yang kita boleh ubah..
jadi apa yang saya terangkan ni lebih kepada Qada' Muallaq iaitu sesuatu yang kita masih boleh ubah..
kita masih boleh memilih sama ada mahu membunuh atau tidak..


saya percaya pasti ada yang tertanya-tanya,mungkin jika kita membunuh, dan Allah membenarkan, pasti rasanya tidak adil kepada yang di bunuh bukan!.. tapi percayalah ajal maut seseorang ini merupakan qada' Mubram yang telah ditentukan.. telah ditetapkan..
jadi si pembunuh itu cumalah alat lakonan (prop) yang digunakan untuk bagaimana dia simangsa menoktahkan kisah hidupnya..
ala~ kematian-kan berlaku dengan pelbagai cara..


maka begitulah ceritanya..


- saya tak pasti apa yang saya cuba sampaikan ni difahami kalian semua.. harap jangan ada yang tersalah tafsir.. harap yang baik itu dapat kalian peroleh..


wassalam dari saya..
^_^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...