Jom CEK!

Thursday 7 July 2011

Kita habiskan perjuangan ini hingga ke akhirnya

Setiap manusia ada impian.. apabila mereka menginginkan sesuatu mereka pasti akan berusaha untuk mendapatkannya..
biar seluas lautan biru, pasti akan direnangi.. biarpun berjuta badai yang mendatang, pasti akan ditempuhi.. bak kata peribahasa, hendak seribu daya, tak endak seribu dalih.. ( macam karangan BM pula). Orang yang macam ini sudah pasti akan membanggakan ibu bapa mereka. Kegagalan itu perkara kedua. Yang penting kita berusaha.
Ibu bapa siapa yang tak bangga melihat anak mereka memperjuangkan sesuatu yang mereka minati. Melainkan perkara itu perkara yang jahat. Bapa pastinya tersentuh melihat anaknya tergapai-gapai sesuatu dengan usaha meninggi gunung.


cerita pasal lumrah hidup manusia yang kes2 macam ini iaitu lembar al-kisah berkenaan hubungan bapa dan anak ni. (Maklumla hari bapa pun masih freshkan). Saya nak kongsi satu cerita yang pertama kalinya saya baca dan lihat videonya saya sungguh tersentuh.

Lihat gambar ini:



Maaf kalau ada sesiapa yang loya. Lelaki ini sebenarnya seorang atlet pelari.  Nama beliau  ialah Derek Redmond. Dia ni telah mengalami sesuatu yang sungguh luar biasa dan membuka mata seluruh dunia (berangkali).

Alkisah bermula pada tahun 1992. Beliau menyertai pertandingan Barcelona Olympics dalam acara lumba lari. Dia Berjaya sampai ke semi final dalam acara 400 meter. Namun pada jarak 250 meter, hamstringnya mengalami kecederaan teruk dan dia ditinggalkan sungguh jauh oleh pesaing-pesaing. Biarpun kakinya sungguh sakit, dia berusaha bangkit semula dan teruskan larian. Biarpun telah tiba geng-geng PBSM ingin membantu, dia tetap keras dengan keputusannya. Inilah semangat juang yang saya merepekkan tadi tu.





Bapanya yang merupakan penonton pada masa itu sanggup merempuh pak guard dan belari menuju anaknya yang sedang berteriakan sakit. Dia memapah anaknya sambil berkata yang berbunyi macam ni:
‘Nak, tak perlular teruskan perlumbaan in lagi.’ Tapi Derek bertegas ‘tidak, saya harus teruskan hingga penamatnya’. Si Ayah yang berasa hiba melihat kesakitan anaknya tetapi semangatnya yang kuat membuatkan siayah menjawab ‘ baiklah, kita teruskan perlumbaan ini bersama-sama hingga keakhirnya’.
Siapa nak nangis silakan sekarang. Cerita ini memang cerita yang penuh inspirasi. Saya melihat seorang lelaki yang penuh tanggungjawab dan semangat juang yang gigih menyelesaikan cabaran. Biarpun jelas dan terang dia sudah kalah ( hahaha).. saya juga melihat seorang bapa yang selalu disisi anaknya sama ada manis ataupun perit. Bapa yang tidak sanggup melihat kesakitan anaknya, tetapi tidak sanggup menghancurkan impian anaknya. Dia mengakhiri larian itu bersama anaknya hingga ke penghujungnya. Tak hairan semua penonton yang hadir memberi tepukan gemuruh lagi gemuruh dari pemenang.
  

selamat hari bapa tuk bapa tercinta dan bapa-bapa di dunia. hargailah ayahanda anda setiap saat seperti dia menyayangi anda sejak dari kandungan lagi..
        
                                                                                                                           -Amin D-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...