Jom CEK!

Thursday 14 July 2011

tak habis-habis buang membuang..

   Saban hari mesti terselit diruangan akhbar tentang isu pembuangan bayi. Tak habis-habis hal-hal binatang ini diketengahkan.  Nak kata saya ni baik tak juga, tapi sifat simpati tu memang masih subur didalam diri. Takkan Negara kita ni semakin cetek nilai kemanusiaan mereka. Tiap tahun kita dengar berlambak warga berpendidikan mendapat keputusan cemerlang. Senang kata semua berkangkang A+. Takkan bangsa kita ni sudah ketandusan falsafah, kecetekan iman dan kemiskinan budi bahasa.


                                                           


Kita selalu salahkan Negara barat kononnya Negara yang tiada langsung budaya yang baik. Negara yang jahil dan tiada beragama. 24 jam kerja mereka buat dosa jak. Seks bebas sana sini, judi, perogolan, arak, pembunuhan dan banyak lagi lar terbanyak berlaku di Negara tersebut. malah rangkaian internet juga banyak dipengaruh dari Negara tersebut. tapi peliknya biarpun disitu tempat Negara yang kononnya kedua neraka, kenapa kes pembuangan bayi disitu rendah. Biarpun disitu para remaja mereka seawal belasan tahun lagi sudah kehilangan mahkota dan kebanyakan mereka termegandung, mereka tidak pula tergamak membuang bayi itu sewenang-wenangnya.. malah dapat sokongan masyarakat lagi. Sekolah-sekolah di situ tidak pula memulaukan hot-hot mama dengan belon besar diperutnya. Sistem pendidikan berjalan lancar. Mungkin disitu juga ada ditubuhkan pertubuhan kokurikulum khusus  mereka yang terlanjur sebagai sokongan dan motivasi kepada mereka. Dan anak yang dikandung itu akan selamat diletakkan di pusat khusus untuk sesiapa yang mahu membuangnya.
Hebatkan!! diMalaysia tempat pembuangan bayi yang famous selalunya di sampah, kaki lima, depan surau dan tempat-tempat yang menyedihkan. Saya bukan nak membanggakan masyarakat sedemikian, mereka memang golongan macam tu. Tapi mereka ada inisiatif untuk mengurang kadar pembuangan bayi. Saya bukan nak menyuruh masyarakat bebas melakukan maksiat dan tidak perlu risau untuk buang bayi itu sebab sudah ada rumah yang khusus untuk dibuang. Saya Cuma nak memberi saranan kepada Kamu yang terlanjur tu agar jangan cepat putus akal dan terus mengambil keputusan dengan membuang bayi yang kamu tidak rela untuk jaga.
Saya ada terbaca satu ruangan blog tentang isu buang bayi dinegara kita. Kononnya satu kejayaan besar buat Negara Malaysia kerana mampu mengurangkan kadar pembuangan bayi iaitu mengikut statistik bayi dibuang setiap 3 hari, berbanding sebelumnya yang dikatakan hari-hari. Kejayaan ini katanya belum setaraf amalan jahiliah kerana malaysia masih terbukti mampu mengurangkan kes ini. tiap 3 hari kes buang bayi dilaporkan   sudah dianggap satu kejayaan berbanding sebelum ini yang hari-hari ada jak benda yang menyusahkan ni.
Kejayaan ini dikatakan hasil inisiatif kerajaan ( bukan mereka-reka ni cerita) yang salah satu caranya ialah dengan mengagihkan kondom percuma kepada orang ramai. Blur!! Bukankah itu mendorang untuk masyarakat melakukan aktiviti itu lagi. ape taknya Sudah tersedia bahan pencegah tu kepada masyarakat agar mereka tidak perlu risau kalau berudu tu mencari telur.  saya ada dengar seseorang melawak 'jangan salahkan ibu mengandung, salahkan bapa tak pakai kondom' (hahaha). Apapun, kita harus lihat dari sudut positif akan hal ini, mungkin jalan ini pelik tapi sedikit sebanyak mungkin boleh membantu. Tapi rasanya macam masyarakat kita ni bernafsu kuda betul sampai isu ini langsung tidak dapat ditangani melainkan dengan cara ini.

Selain itu, katanya kerajaan juga menyediakan sekolah-sekolah khas buat remaja yang mengandungkan anak luar nikah. Wah! Wah! Seronoknya. Tapikan bagi pendapat saya lar, memang bagus wujudkan sekolah begini sebab dia macam memberi peluang kepada individu-individu tersebut yang dilihat masa depan mereka sudah gelap. biarpun agak okey! Tapi rasa pelik bila tengok pelajar-pelajar perempuan yang sarat mengandung tu menjinjing buku pelajaran ke kelas. Mungkin kehadiran ke sekolah pun sekejab hadir sekejab tidak. Bila di Tanya, rupanya pelajar itu cuti mengandung. Akhirnya, pelajaran entah kemana, masa depan pun tidak secerah yang diimpikan. Last-last , masa ambil keputusan SPM, datang dia dengan anak yang menangis merengek mau susu.

Satu kaedah lagi yang saya kira menarik ialah apabila Kerajaan memperkenalkan pendidikan seks kepada pelajar. Waw! Lagi menarik dari subjek seni tau PJK. Berdasarkan sylibus, para pelajar akan didedahkan cara pancut luar ketika mau meletup sudah  dan untuk para perempuan pula diajar cara mengetahui waktu subur dengan moto “ elakkan melakukan ketika subur”. Terburai jagung-jagung dimulut aku bila baca akhbar ini. Ini macam mau ajar budak-budak pilih waktu yang sesuai untuk melakukan aktivitu itu. Tolong sesiapa jawab, betulkah kaedah yang dilakukan ini? Kalau saya lar kan, memang seronok bila cikgu datang ke kelas mengajar para pelajarnya tentang Seks yang lebih detail. Memang lar dalam buku pun ada ajar seperti subjek sains dan biologi, tapi ini... entah lar kelu lidah aku mau teruskan.

Well,  Yang pasti kesimpulanya Malaysia memang diakui telah berjaya mengurangkan pembuangan bayi yang belum tahap 1 bayi 1 hari lagi. Lagipun sebenarnya Malaysia bukannya teruk sangat sehingga tiada jalan langsung yang boleh dilakukan untuk mengurangkan isu ini. Buktinya banyak pertubahan-pertubuhan ditubuhkan seperti ‘Kami Perihatin’ yang memperjuangkan masalah pembuangan bayi ini. Usaha sebegini sememangnya langkah yang baik dan berkesan untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi di Negara kita.
Apapun, Malaysia Tanah Tumpah darahku.  Saya ni mungkin memang kaki komen jak tapi satu habuk pun tiada yang saya sumbangkan. saya akui, memang ada lagi kawan-kawan diluar sana yang mempunyai cadangan yang bernas dan baik berbanding diri ini. Bukan niat saya  nak komen melalut tentang  kerajaan  sebab saya sendiri bukannya master dalam hal ini. Yang pasti motif saya ialah cuma nak meluahkan kata-kata bantahan kepada saudara saudari yang bergelar manusia pada hakikatnya tapi sebaliknya layak hidup bersama bab’s bab’s dikandang.  Tak yah lar kamu nak menambah dosa lagi dengan melakukan perkara yang terkutuk itu. Dah satu kesilapan di buat, temahak nak tambah lagi. Kononnya malu dengan masyarakat, tapi apesal yang dulu-dulu kamu beromantik dibawah bulan purnama disaksikan tumbuhan-tumbuhan yang melambai-lambai tu kamu tak malu. takut lar konon mak bapa marah, habis macam mana dengan Pencipta di atas tu yang melihat segala-galanya. Betul kata masyarakat, orang macam ini memang takkan kemana-mana pun. Lubang kubur juga kita pulang nanti. 



sedih bila melihat mangsa-mangsa akibat kekejaman bangsa kita. Tergamakkah kita membiarkan mereka  sakit dan sejuk tanpa peneman. Apa salah mereka kepada kita? Berikan aku 10 sebab kenapa kita perlu hukum mereka sehingga sebegini rupa.  Tiadakah ruang buat mereka untuk hidup dimuka bumi ini lagi. Adakah dengan kehadiran mereka akan menghancurkan dunia ini. Daripada mereka mati lebih baik anda sendiri yang pergi..

Bah, penat sudah aku berleter ni ( menangis).. pandai-pandai kamu fikir sendiri. Al maklum semua pun ada otak, harap-harap ada lar juga akalnya. Yang pasti, kekurangan itu datang dari diri ini, dan baik itu datang dari Allah. Wassalam..
-Amin D-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...