Jom CEK!

Tuesday 23 August 2011

Ekperimen LHM 04/ Ops sikap

Ekperiment Lumrah hidup Manusia dijalankan untuk mengkaji kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Aim: Untuk mengkaji kemalangan jalan raya di Malaysia semasa musim perayaan.

problem statement: Kenapakah kadar kemalangan jalan raya terus bertambah biarpun pada musim perayaan?

hypothesis: Pada musim perayaan semua hospital sepatutnya bercuti, kita seharusnya bergembira dab berkumpul bersama ahli keluarga.. tetapi malang tidak berbau melainkan anda tidak mandi time tu, kemalangan berlaku sana sini. sedih apabila yang tragiknya sehingga meragut nyawa sendiri. hipotisisnya yang boleh saya rangka disini adalah disebabkan perangai pemandu itu sendiri yang tidak berhati2 ketika memandu. mereka cuai dan sentiasa terburu2, sedangkan takkan lari gunung dikejar. kesannya, terpaksa merayakan perayaan aidilfitri tahun ini dengan air mata sedih. namun dengan kewujudan Ops Sikap, adakah mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Variable:
manipulated: Ops Sikap
Responding: kemalangan jalan raya pada musim perayaan menurun.
Fixed: tahap kesabaran dan kegigihan yang tinggi.

Technique: melihat perkembangan daris semasa ke semasa sepanjang Opssikap dijalankan.

Procedure:

Antara langkah yang diambil semasa Ops Sikap termasuklah:
  • pemantauan khusus bas ekspres
  • pemantauan menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya
  • mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j)
  • menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari tertentu

Result
sebenarnya terpulang kepada anda sendiri.. sama ada anda nak graf kemalangan seperti ini.. terus meningkat..

 ataupun graf bilangan kemalangan semakin menurun.

semuanya datang dari kita sendiri sebab yang memandu tu tangan kita, yang berfikir rasional itu adalah diri kita.. hidup memang sekali, tapi jangan sekali itu anda ingin buat sesuka hati.. sebab anda hanya membuat orang lain sengsara.. tak kira mati seorangkah atau mati bersama orang lain.. jangan fikir mati dengan begitu tragis akan membuat anda masuk syurga.. Allahhualam.. jadi cintailah nyawa kita kerna ajal maut itu datang dari Allah tapi cara mati itu bergantung kepada kita.. sama ada dalam kufur atau dalam beriman..

Conclusion: Hypothesis is accepted.. Ops sikap memang membantu tapi yang yang harus lebih banyak bekerjasama adalah pemandu itu sendiri..

So, berhati-hati dalam pemanduan semasa musim perayaan.. pandu cermat jiwa selamat.. biarlah sampai selepas 20 jam dan anda hisup dengan lebih lama berbanding 1 jam tapi lubang kubur dah memangil dah tu..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...