Jom CEK!

Tuesday 6 September 2011

Bahasa Jiwa bangsa


Bahasa Jiwa bangsa... betulkah?? atau perlukah?? segala persoalan ini hanya saya mampu huraikan secara lebih standard dlam penulisan Bahasa Melayu moden..    
      Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan.

yer saya tau agak keboringan sikit.. taular kamu semua ni malas mau baca ayat skema macam tu.. Anyway, fokus kepada Lumrah hidup manusia kita sekarang ni.. ada sesuatu yang saya nak kongsikan sedikit..
Sekarang bahasa kita ni sudah terlalu moden.. waaaa!!! pasti ada yang bangga taik hidung masin situ.. moden maksud dia ni  yang langsung tiada dalam kamus dewan bahasa.. bahasa yang menjadi lambang identiti kita sebagai bangsa malaysia kononnya..
berdasarkan sedikit pemerhatian dan pengalaman sayalah, di Malaysia ni kita  ada 3 jenis bahasa yang wujud dalam bangsa kita..setakat ni bolehlah  3 jenis yang saya mampu klasifikasikan..
Pertama,
bahasa SMS.. bahasa Sms ni kalau dibaca memang  tiada langsung dalam kamus dewan.. yarlah,  klau mau tulis ayat satu2 tu memang menyusahkan, membuang masa.. itu tak kesah lar kalau macam:
Tapi = tpi    esok = sok     habis = hbs
Tapi ini yang jauh tersimpang dari perkataan asal.. contohnya,
1)Tidak = x  , selamat = Mt
2) ada juga huruf tu disingkatkan menjadi huruf lain.. contohnya:
     U ditukar W  ,  contoh:   kau = kw
     Kalau S jadi C ,  contoh: sikit = ckit, kasi jadi KC,
      K jadi Q ,  contoh: aku = aq
3)Ada juga yg guna nombor sebagai ayat... contohnya
                                               NOMBOR = 6ber, itu = 2,
4) yang teruk bila mau tulis salam tu.. ASSALAMMUALAIKUM tu.. kalau setakat salam okey lar..
ni ada yang Akum, wkum, kumsalam, wslm, semekem.. klau nak singkat tu perpada2 lar.. jangan sampai perkataan yang baik tu berubah maksud sebaliknya..
Kedua
Bahasa yang terlalu kretif.. bahsa sms tu memang ndak lari, tapi ini yang upgreat sikit.. boleh dikatakan golongan yang terlebih rajin lar.. bahasa ni memang sudah banyak dijumpai di sms, di Fb.. saya pun tak tahu bila ia mula berkembang..
Bahasa yang saya maksudkan ialah bila dorang tulis tu
1) sekejab huruf kecil, sekejab huruf besar.. selalu kita tulis ayat  didepan mesti besarkan.. tapi ini yang malar huruf besar.. 
contoh yg paling mudah:  SlmAt HAri RayA~
2)  yang kedua pula bila dorang tulis tu bercorak2.. contohnya 
     I jadi !..  a jadi @.. ada ombak2 lah ~,
3) ada juga perkataan yang bertambah.. dari sepatutnya 4 huruf jadi lima huruf lar.. mo kasi gramatis ayat lar dikatakan...
contohnya:   dia = dyeah,    
Ketiga
Dalam komunikasi kita sendiri.. saya tak merujuk yang bahasa pelat tu.. bahasa daerah tau orang kampung macam dusun a.k.a dogok, bahasa bugis lar, bahasa Kl, cakek kelate, dan sebagainya.. sebab itu memang slang kita.. identity kita sebagai bangsa tempatan..
Tapi ini yang asing pula.. yakni bahasa rojak.. bukan rojak buah yang tiada di jual di Bismillah curry house tu.. rojak ni bila kita bercakap  sekejab Bm sekejab BI... ter you you sana, ter I, I sini.. macam selalu yang kita tengok di drama2 tv selalu memang banyak rojak2 ni.. cakap mahu memartabatkan bahsa kita.. cakap melalui bahasa kita boleh bersatu... sedangkan  perkara ni memang lama sudah menular dan kita sekarang rasa macam sudah lali semua tu.. tengok macam drama2 jepunkah, koreankah.. sepatah pun tadalah bahasa asing ni.. well, dorang bukannya panadi speking Bi pun macam kita.. dorang tak perlu cukup bahasa dorang sendiri sudah mampu memajukan tanah air mereka..
tpi kita ni pulak disekolah sendiri  cikgu2 kita sendiri pun kadang2 buat gitu jugak biarpun guru tersebut ajar  bahasa melayu( bukan menghina Ok).. tak salah kita mahu ber BI BI sana.. tak salah berbahsa asing sebab itu untuk kemajuan kita sendiri.. tapi sebaiknya kalau cakap bi tu, bi lar semua.. jangan nak rojak2.. kita kena bangga dengan bahasa kita sendiri.... makanya dari situ wujud Bahasa Jiwa Bangsa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...