Jom CEK!

Thursday 1 September 2011

Experimen selepas Raya

Assalammualaikum pembuka selera, selamat sejahtera penambah perisa, salam 1 Malaysia sebagai hiasan dan selamat hari raya sebagai dessertnya..

hari ini saya nak berekperimen.. sibuk2 kamu semua berhari raya, saya ibarat 'diam2 orang kentut'  telah melakukan satu ekperimen sepanjang hari perayaan tersebut..

caye tak caye tak, selama kita berhari raya, kita telah melakukan banyak PENCEMARAN..
tengok betapa seriusnya ayat itu saya teranumkan.. siap besarkan Font, Bolt dan highlight lagi perkataan sakti itu..

Yup! kita telah melakukan pelbagai pencemaran yakni:
1) pencemaran udara
2) pencemaran bau
3) pencemaran penyakit


mari saya terangkan satu persatu intipati tiap link2 tersebut..

Pertama a.k.a First,
pencemaran udara




      sape sini yang masih trauma dengan bunyi bedilan mercun yang merdu berkumandang sepanjang perayaan  berlangsung tak kira hari raya tau kemerdekaan.. darah anda pasti akan tersirap sekarangkan.. renungan semakin tajam dan dendam yang tersurat semakin menggelegak.. kerana kemarahan kepada bangsa2 yang tak reti2 dengar cakap orang agar jangan pasang bedil kan khalayak umum.. tengok betapa tercemarnya udara kita.. rasa macam lebih baik lau tak raya.. well, kita tak marah sangatkan sebab tanpa bunyi2 macam tu hari raya dan kemerdekaan pasti kurang semarak.. tapi yang saya maksud ni kepada golongan yang terlebih2 tu.. menyusahkan masyarakat jak memaki-maki dorang.. nahkan dah bertambah dosa..


kedua anak lelaki second,
pencemaran bau




   bayangkan lah situasi sebegini.. time Hari taya tu, anda telah mengunjungi banyak Open house.. dan setiap open house tu anda belasah segala makan2nya,
rendang kicap + ayam terstim + sosej berkuah + Bakso hangus + oren suam + cincau mengandung + sate rebus + air kola bersusu + ketupat RM2 + susu lemak manis berempah + loading..
terlalu banyak hingga tong makanan tu dah kesempitan.. bila ini berlaku, pasti anda harus menbuangnya bukan.. dan dimana tempat tersebut.. hehe pastilah tandas.. perut dah ghairah dah.. cukup masa nak keluar dah tu.. dan anda pun pergilah ketandas menikmati saat2 tersebut.. Fulamak!! bayangkan makanan2 yang anda tambah2kan tadi tu dan hasil produknya = PENCEMARAN BAU TAK TERKATA..
tengok, betapa tercemarnya tandas2 anda sepanjang hari raya ni.. bandingkan aroma makanan anda dan aroma selepas pom tandas tu.. bandingkan.. adeke lagi bau2 tu?.. lau ada masih, bole dimakan tu..hehehe..
belum lagi pencemaran makanan yang dimasak sana sini ditambah bau manusia yang berbakteria dan terlupa letak perfume selepas seharian meronda2 kemudian isu tandas lagi yang akhirnya tak larat nak dipom menyebabkan pencemaran bau pun berlaku..

Ketiga @ third,
pencemaran penyakit




   selepas kita puas berhari raya, masa inilah segala penyakit2 manusia akan muncul. dari yang kurus melidi sekarang dah macam Lady Gajah.. jantung yang berdegup tenang tu dah semakin memuncak.. perut yang sihat walafiat tu rasa dah macam period.. sebab dah terkena penyakit. akibat tak ingat dunia time raya ni, last2 hancur badan..  paras gula dalam darah pun meningkat, bagus gula tu boleh diproses jadi gula balik.. baguslah kalau kencing manis tu betul2 manis.. boleh juga najis menjadi minuman..hahaha...nah sekarang nasi dah convert menjadi bubur.. dak tak boleh buat apa2.. ibarat Bismillah Curry House kehabisan cecah kari.. tada guna roti canai yang ko oder tu..

Kesimpulannya: hipotesis diterima.. Raya2 yang indah ini jika kita selidik dari pelbagai aspek pasti banyak keputusan yang kita peroleh.. ada posotifnya ada juga negatifnya.. Namun bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita semarakkan Raya thun ini.. mesti larkan orang yang habiskan berpiring2 makanan tu, bakar bedil dan pom tandas tu adalah diri kita sendiri.. adalah lebih baik jika dirayakan secara kesederhanaan berlandaskan agama kita sendiri.. memang setahun sekli, tapi agak2lah... so, insaf2kan diri anda dan selamat ber Al-Fatiah...

Touvan Fatailah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...