Monday, 11 July 2011

Human Instinct!!

Gerak Hati, Naluri, ataupun Instinct, apa maksudnya??

Gerak hati adalah bila kita memikirkan sesuatu, kemudian hati kita memberitahu serba serbi tentang perkara itu, patutkah kita buat, apa tindakan seterusnya dan mengapa ini terjadi. Tapi persoalannya, adakah kita mempercayai gerak hati ini??


Sesetengah saintis percaya bahawa Gerak hati ataupun naluri ini boleh dipercayai, kerana mereka percaya bahawa kita berasal daripada spesies sama seperti monyer atau chimpanzi (teori Darwin), tetapi jelasnya bagi saya, gerak hati adalah sesuatu yang optional, kadang-kadang betul, kadang-kadang salah langsung!

Namun sesetengah gerak hati ini berlaku kerana otak kita melindungi badan daripada perkara buruk, (Sebahagian dari Arc Of Reflex). Contohnya apabila kita melintasi jambatan gantung,  hati kita berdegup dan gerak hati berkata "jangan teruskan, bahaya!" ketika itu gerak hati memainkan peranan agar kita tidak membahayakan diri kita sendiri.
Bagi saya gerak hati sebegitu wajar kita percaya kerana ada hikmahnya Otak kita dicipta.. :)

Namun sesetengah gerak hati langsung tidak boleh diharap sebagai contoh bila kita mencuba meramal masa depan, "lepas nie sure jadi begini, begitu dan blah blah blah" biarpun betul, namun kita sebenarnya mencarut kerana..Hati kita cenderung untuk membuat dua atau lebih konklusi, jadi bila konklusi pertama ditolak, konklusi kedua diterima, namun anda tetap berbangga kerana gerak hati anda benar.
Oleh itu, tak payah susah susah nak meramal masa depan menggunakan gerak hati.. :)

Tapi tidak disangkal bila berlakunya perkara buruk, akan ada petanda petanda yang perlu kita ambil peduli, namun itu semua kehendak yang maha Esa, samaada Dia mahu atau pun tak, seperti tertera dalam surah Yaasin,
Kunfayakun;
Jika Allah mengkehendaki sesuatu terjadi, 

maka Allah berkata, “Jadilah…” maka jadilah ia…

Tetapi itu semua daripada diri kita sendiri, tepuk dada, tanyalah selera nak percaya ke tak, korang punya pasallah.. :)

PEACE NO WAR -MESZ-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...