Jom CEK!

Wednesday 3 August 2011

Experiment Ramadhan, LH02 (RLH02)/ Sembahyang Terawih

Aim: Memerhatikan bilangan ummat islam yang berterawih pada awal, pertengahan, dan akhir ramadhan.



Problem Statement: Bilangan ummat islam yang berterawih pada awal, pertengahan dan akhir ramadhan berbeza-beza.


Hypothesis: Bilangan umat islam yang berterawih semakin berkurang mengikut usia ramadhan.


Variables:
Manipulated: Usia Ramadhan,
Responding: Bilangan Ummat Islam yang berterawih.
Constant: Surau/Masjid yang diterokai.



Procedure: 
1. Mengigat kembali kenangan zaman dulu waktu sibuk berterawih dan membuat konklusi berdasarkan kenangan lalu
2. Setiap peristiwa yang terdetik di taip ke keyboard terus ke dalam blog ini.


Tabulation Of Data:
1. Pada awal Ramadhan, berpusu-pusu orang datang menunaikan solat sunat tarawih di surau tersebut, termasuklah kanak-kanak, orang-orang tua bangka dan orang-orang muda.
2. Menjelang Minggu pertama dan kedua Ramadhan, bilangan orang berterawih semakin sedikit, shaft kanak-kanak juga semakin lengang, manakala yang muda telah mula hilang.
3. Menjelang Minggu ketiga ramadhan, kawasan surau semakin lapang kerana ketidakbanyakkan orang datang membuat ibadat, shaft yang tinggal hanyalah 3-4 baris shaft sahaja dibelakang imam.


Disscusion:
Kenapa?
1. Kerana semakin lanjut usia Ramadhan, semakin kurang pula semangat untuk beribadah. (tidak dimaksudkan semua umat islam)
2. Pada pertengahan ramadhan, jualan bunga api dan mercun semakin berleluasa, oleh itu, golongan kanak-kanak sibuk dengan mercun serta bunga api milik mereka yang mereka kerjakan dari maghrib sampai lah ke subuh keesokan harinya.
3. Jika semangat ramadhan semakin luntur dikalangan golongan remaja, mereka akan melakukan rempit dan juga perkara-perkara yang melanggar hukum instead of pergi ke surau dan berterawih.


Conclusion:
Hypothesis diterima.
Semakin Lanjut usia bulan Ramadhan, Semakin Kurang pula orang mengerjakan solat sunat tarawih di surau itu. Namun data ini adalah data tahun lepas, oleh itu kita masih mengubahnya. 


Walaupun Solat sunat tarawih itu adalah sunat, namun ianya adalah sunat yang khas pada bulan ramadhan sahaja, oleh itu, ambillah manfaat daripada kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T.. Marilah kita mengubah data yang saya perolehi pada tahun lepas itu dan melakukan ibadat sunat ini tidak kira berapa lanjut pun usia bulan Ramadhan. Kalau boleh, lebih lanjut usia ramadhan, lebih kerap kita ke surau mengerjakan ibadah ini..


Peace No War
-MESZ-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...