Jom CEK!

Tuesday 2 August 2011

Experiment Ramadhan, LH01 (RLH01)/ Berat Badan

Assalammualaikum, lambat jawab kurang pahala.. hehehe... hari ini saya nak memanipulasikan salah satu kajian yang agak serius pelik.. tak juga mengejutkan, cuma opside sikit.. macam tajuk diatas, pasti anda semua tertanya2, apakah binatang yang saya merepek tu.. well, yang pasti bukan salah satu teka teki.. ia adalah tentang kes-kes ramadhan yang dihidapi bukan seorang dua, tapi hampir semua..
well, apekah itu.. ha!! ni dia nak ceta.. siapa sini yang tahan berpuasa.. maksudnya, mampu manahan diri daripada makan dan minum plus sekali perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..
macam mana rasanya, adakah anda sakit.. sihat!! bagus..
amacam dengan berat badan korang? jeng jeng jeng
meningkat atau bertambah?? menurun atau berkurang?
well, ini lar penyakit yang saya nak cakapkan tu.. tidak merujuk kepada yang menurun berat badan tu, but yang bertambah dan terus membesar..

saya tak ade jawapannya, but berdasarkan Ekperimen yang saya buat mampu memberi anda terfikir..

EXPERIMENT LH 02




Aim: Mengkaji kenapa berat badan bertambah ketika puasa?


Problem Statement: Apakah faktor penambahan berat badan ketika berpuasa?


Hypothesis: Semakin tidak sedar diri ketika berbuka, semakin menimbun lemak.


Variable:
Manipulasi: spesis yang kebuluran.
Responding: penambahan pusingan jarum di penimbang berat badan.
Constant: segala benda untuk dimakan dan berlogo Halal.




Procedure:
1. Memerhatikan setiap perkara yang dilakukan yang ada kaitan dengan makanan sewaktu bersahur, sebelum, semasa dan selepas berbuka.
2. Semua pemerhatian dicatat.




Tabulation Of Data:


1. Sewaktu Bersahur: jika tak habiskan berpinggan-pinggan makanan, pasti akan menyesal. kerna takut akan kelaparan mau mati keesokannya.


2. Sebelum Berbuka: YTk (Ya Tuhan Ku)! Berderet lorang bazar makanan. Bersusun makanan yang dijual. Lapar punya pasal, semua yang dijual semua mau beli. Sewaktu beli tak rsa apa-apa, sebab kelaparan tu merupakan alasan kuat yang boleh menghakis segala tomahan. Nafsu makan mengalahkan nafsu kuda. Sedangkan kuda pun makan rumput jer.


3. Time Berbuka: Berasa leceh sebab baca doa tu dianggap lama. Piring yang berukuran sejengkal tu rasanya tidak cukup lagi ruang untuk diletakkan makanan. nasi setinggi gunung, lauk macam 1 family di pinggan. Semuanya Lengkap. Malahan acap kalinya terlebih lengkap mengalahkan santapan raja-raja.


4. Lepas berbuka: Alahai, banyak sisa-sisa makanan yang tertinggal. Nak habiskan, tong perut dan terlalu padat. Nafsu kuda tu pun dah hilang. Rasa menyesal sebab pembelian terlampau pun muncul akibat pembaziran yang agak extreme. Kepala rasa mengantuk. Sembahyang hanya tinggal kenangan dan tinggal lar dia berdengkur dikatil ketiduran. Jadi segala makanan itu menjadi lemak.




Disscussion:

kenapa? mengapa? bagaimana?
Nafsu raja segala kemahuan. mungkin logik anda kelaparan, tapi tahukan anda itu bukan sasaran utama tujuannya kita berpuasa. Allah meletakkan ujian besar dalam melihat sejauh mana tahap kesyukuran dan kepatuhan kita kepada-Nya. semuanya melalui puasa. puasa makan minum, menahan nafsu, menahan kemarahan dan segala yang buruk. cuba kita motivasikan diri untuk ikut amalan nabi. 
  


Conclusion: Hipothesis diterima. 
Kesimpulannya, berat badan kita melambung naik disebabkan tahap ketahanan diri kita untuk menahan nafsu sangat lemah. Jangan salahkan mak cik yang jual cendol tu. Jangan juga salahkan syaitan sebab syaitan sedang berhoneymoon di neraka. Kalau masih salahkan syaitan ni, mungkin anda lar spesis itu..hehehe




Makanya, wahai saudara dan saudari. bersama kita perbaiki cara kita menjalani bulan yang mulia ini. Jangan hanya mengejar diri menjadi kurus kerna kurus itu adalah salah satu hadiah buat hamba Allah yang benar-benar menjalani Ramadhan dengan penuh tawaduk. Seharusnya pada bulan mulia ini kejarlah pahala yang berlipat ganda itu. Pahal yang berlipat ganda itu adalah lebih banyak gunanya daripada lemak yang berlipat ganda dihasilkan. Pada bulan ini jugalah bukan hanya perut dijaga, malah mulut, mata, telinga dan segala jenis nafsu juga harus kita jaga. Renung-renungkan.


-amin D-
Edited by MEsz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...