Jom CEK!

Monday 1 August 2011

Ramadhan lagi..

Assalammualaikum,
pejam celik pejam celik dah nak dekat 1 minggu aku tak tulis entry dekat blog ni, yang ada tu pun kerja c Amin.D lah tu..


So entry aku hari nie bukan nak cerita pasal apa-apa pun sebenarnya, just nak kongsi perasaan pada hari pertama puasa. hehe. sebenarnya topik yang nak aku kongsi hari ini adalah mengenai pembelengguan syaitan, ataupun nama saintifik nya syaitan semua digari dan diikat.
Biarpun terdapat hadis sahih yang mengatakan mengenai perkara ini iaitu:



“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu  syaitan-syaitan”.
 
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Ia adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah : Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)


namun perkara ini tetap menjadi kemusykilan rakyat sedunia apabila masih terdapat kes-kes memalukan seperti maksiat, zina, tak puasa dan sebagainya masih berlaku.
apakah sebab musabab semua ini?


Pada awalnya, saya berpendapat bahawa syaitan itu adalah seperti seorang petani, apabila ia hinggap ditubuh seorang manusia, dia menerapkan ciri-ciri kesyaitanan kedalama tubuh insan itu seperti seorang petani menanam tanamannya. Lalu dia sirami ciri-ciri kesyaitanan itu dengan keseronokan dunia dan dosa yang dilakukan oleh insan tadi pun bertambah, oleh itu bila tiba bulan ramadhan, sewaktu dia dirantai, Insan itu akan menjadi jahat biarpun tanpa bisikan daripadanya.

Namun setelah menghabiskan masa mencari artikel mengenai ini akhirnya terjumpa penjelasan yang agak munasabah dan boleh memuhasabah diri kita. Penulis itu mengatakan bahawa “pembelengguan syaitan di bulan Ramadhan” dalam hadis diatas cuma merupakan kata kiasan yang menunjukkan bahawa syaitan dibelenggu kerana ibadat yang kita lakukan dalam bulan mulia ini. Dalam bulan ramadhan kita diperintahkan menjaga segala-gala yang boleh kita jaga. Oleh itu, syaitan yang tugasnya membisikkan manusia untuk melakukan kejahatan akhirnya terbantut tugasnya kerana apabila dia membisik ketelinga seorang yang berpuasa, orang itu masih menahan diri daripada melakukan kejahatan yang dibisikkan itu. (apa aku merepek nie)


So apa-apa pun tafsiran yang kita buat berdasarkan hadis ini, selagi tidak bertentangan daripada akidah islam boleh diterima, itupun kena tanya dengan orang yang lebih arif dulu la yer. Yang pentingnya, Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang membawa kepada seribu kebaikan, setiap amalan kita pada bulan ramadhan akan dilipat gandakan, oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang yang datang cuma sebulan dalam setahun ini, manfaatkanlah bulan ini sebaik-baiknya.


PEACE NO WAR
-MESZ-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...