Jom CEK!

Sunday 4 December 2011

C.I.N.T.A







ia putih
tiada warna
tiada arah, haluan dan tujuan..
kadang kala manusia lupa,
lupa kepada padi pemberi rezeki,
lupa saat hujan turun memberi rahmat, ditambah dengan pelangi gabungan 7 warnanya,
manusia sering lupa,
dipenjuru mereka terdapat pelbagai warna yang sama sahaja spesisnya,
namun sama saja tujuannya didunia ini
didunia mereka menanti,
dengan putaran waktu  yang tidak bisa dihenti,
dengan satu pusingan dunia,
sudah membedakan manusia dengan sebelumnya,
disangkal tarikh bermakna, disambut dengan tanggal waktu yang istimewa..
saat itu manusia lupa lagi,
lalai, lemah dan taksub,
mentari pagi yang memancar setia tiada ertinya lagi,
kenapa? tidak mereka bertanya
mereka terus membangun sampah seranah,
berulatkan duniawi beracunkan bencana..
itu musibah wahai pujangga..
sigadis didepan kanta yang masih buta,
berlari mencari jalan disemak samun itu.
dengan bulan yang menemani,
bersama bintang-bintang dicakeralawa menjadi mata,
terlalu indah diamati,
sesat ditanah sendiri,
sesat mencari jalan hakiki.

play lagu ni sebelum mulakan bacaan.. bukan apa cuma sekadar untuk menghibur...
( puisi yang sya lakar ni rasanya tiada kaitan dengan yang bakal saya tulis dengan perkara dibawahni. kalau berkaitan pun cuma sedikit sahaja. saya sengaja tulis, sekadar mahu buang masa kamu membaca.. hehe.. harap terhibur)


Assalammualaikum kepada saudara muslimku,
salam sejahtera kepada sahabat handaiku..
hari ini hati ini ingin membicarakan tentang C.I.N.T.A
cinta itu indah dan sungguh misteri. cinta itu kita rasakan dalam hati kemudian ia connect kepada seluruh tubuh kita. mata kita, lidah kita, pergerakan kita. jika hati itu bisa berbicara, nescaya akan wujudlah kejujuran.
kadangkala manusia lupa, bahawa cinta itu datang dari hati mereka, naluri mereka.
tapi hati itu terlalu dalam untuk kita terokai, kita tidak mampu mencari kebenaran. kita tidak sedar, disaat kita menikmati rancau dunia, ada hati yang berdegup kerana kita. degupan itu kita tidak dengar, kita tidak tahu melainkan si pemilik hati meluahkan perasaan. itulah susahnya dunia ini.
tidak semua yang jatuh hati dengan kita adalah mereka yg betul-betul mencintai kita.
dan kebanyakan kita merasai CINTA MONYET bukan!
dan cinta sebegini selalunya berakhir dengan kekecewaan..
kita mengimpikan CINTA SEMPURNA, namun wujudkah??
setulusnya memang wujud, jika dari kita yang mengatakan.. dari kita yang mengIAkan bahawa cinta kita dengan pasangan yg dipilih adalah cinta sempurna dan cinta sejati..
realitinyalah bila kita bercinta yg membuatkan saya serik untuk bercinta.

1. bila kita sudah bersama, belum wujud kepercayaan antara satu sama yang lain. sering saja wujud perasaan cemburu yg membuta dan selalunya tidak wujud menjadi sengketa. kita bercinta untuk merasai cinta, bukan perlu menempuh badai cemburu. kenapa kita perlu takut mereka tidak setia, jika dia betul2 mencintai kita. jika mereka tidak setia, adakah itu tandanya dia cinta sejujurnya terhadap kita?
2. rintangan . saat kita meradu rindu, ada saja aral yang melintang. dulu sebelum bersama, sunyi sahaja org nak berkenalan. bila sudah bersatu, ramai pula yang mengaku mencintai. itulah namanya ujian cinta, kita diuji adakah kita tidak silap memilih. adakah kita mampu mengekalkan kesetiaan. selalunya manusia dalam keadaan sebegini banyak yang tumpas dan gagal dalam percintaan.
3. cinta tidak profesional. cinta bisa berlaku dimana sahaja dan apa saja keadaan kita pada masa itu. jika kita seorang pelajar contohnya, adakah kerna cinta itu kita perlu mengabaikan matlamat utama kita dahulu. kerna cinta sejati konon, habis tanah sebidang digaai tidak membawa apa-apa hasil. cinta itu kita perlu bertindak profesional, cinta kita rasai dalam hati.. adakah pelajaran itu ada kaitan dengan cinta kita.
4. cinta yang tidak direstui. mencari cinta ini ia bukan saja berkaitan dengan pilihan kita, ia berkaitan dengan orang yang terdekat dengannya seperti keluarga, sahabat. oleh itu bercintalah sebaiknya dengan keluarga mereka dan orang yang berkaitan dengan orang yang kita cintai. selalunya manusia mengalami dilema bila mereka berlainan agama, berlainan bangsa dan status kekayaan. ada juga tentang identiti pasangan tersebut, yaelah! takkan kita ak merestui hubungan dengan calon yang macam penagih, macam pelacur.. makanya bil ada cinta yang tidak direstui, selalunya dihujungnya mesti ada perpisahan. Allah'ualam.
5. cinta yang tidak diberkati. cinta ini memerlukan iktikah hati yang bersih. kita perlu ada tujuan yang sahih dan betul untuk bercinta. jika kita ingin bercinta hanay untuk suka-suka, hanya untuk memuaskan nafsu maknanya cinta kita tidak diberkati. itu belum lagi melakukan, jika terlanjur, lagilah kotor cinta yang kita lakukan. malangnya manusia zaman sekarang, berzina itu sudah jadi kebiasaan. wajib dalam status perhubungan biarpun belum khawin. malah, mereka bangga bila makhota mereka dicantas-cantas. lelaki daam hal ini tiada masalah, masih boleh mengaburi kelemahan. tapi perempuan, selalu yang menerima padah. perempuan kononya mahu lakukan demi mengekalkan perhubungan. haha lucunya.. percayala kaum hawa, lelaki akan memilih insan untuk berumah tangga kepada wanita yang belum disentuhinya. kau tu hanya tempat melepaskan nafsu sarakah mereka. sekarang siuapa yang salah, si pelepas nafsu atau merelakan untuk dilepas nafsu?? ermm??

fuhh!! susahnya merungkai erti percintaan ni. orang kata cinta sejati adalah cinta yang bibir menjadi kelu bila mengatakan.. akal menjadi tidak keruan, kerna asyik merindui. sedia berkoban demi yang dicintai..
namun cinta sebegini tidak layak bertapak dihati kita jika cinta kita kepada Maha Pemberi Cinta belum utuh dan sempurna. well! sepada semua, kita ni hanya mencintai hambaNYA, lebih berharga jika mencintai pemilikNya. jika sudah selesai baru mulut kita layak bercakap tentang percintaan.

baoklah! sebagai peringatan, lihat pasangan anda sekarang jika yang sudah berpunya. untuk pasangan yang belum berkahwinlah. lihat mereka, lihat hubungan kita sekarang.. adakah ia cinta yang diberkati, cinta yang direstui dan cinta yang sebenar-benarnya.. kau ada hak memilih yang terbaik wahai sahabat..
ini bukan pasal remeh temeh, ini pasal hati dan kebahgiaan..
mulalah mencari erti C.I,N,T,A yang sebenar.

sekian sahaja saya mencarut,

Touvan Fatailah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...