Jom CEK!

Monday 12 December 2011

urusan duniawi..

Assalammualaikum sekalian warga blogger..
alhamdulillah, saya sihat dan baik disini..
diharapkan bulan anda juga dalam keadaan indah cahayanya..

sorry lama tak jenguk dunia blogger ni.. lama tak update cerita2 sensasi..
baiklah cerita terbaru ini adalah saya sudah melangkah kealam pekerjaan selepas menamatkan waktu persekolahan.. alaa~ kerja part time je di XXXX (terpaksa dirahsiahkan)..
anyway, memang mencabar dan melelahkan.. saya bukan sahaja sekadar bekerja untuk cari duit tau, saya juga ada buat sedikit penyelidikan untuk cerita kali ini..

baiklah pengakuan jujur
" sesungguhnya menjadi pekerja XXXX membuatkan aku semkain jauh dengan agamaku" 
disitu semuanya bersistemkan dajal... tak cayer, tengok ni..

1. masa pekerjaan kami..
well, standardnya kami kerja 8 jam sehari.. contohnya saya start kerja pukul 12 tenggah hari hingga 10 malam.. 2 jam rehat bergantung masa dalam jadual.. saya kerja dari 12 hingga 4 petang, kemudian rest dan sambung lagi sampai 10.. dan jika anda perasan  waktu itu saya telah  terlepas solat zuhur dan kalau hari jumaat saya terlepas solat jumaat.. saya memang risau, tapi honestlylah, rata-rata pekerja situ langsung tak ingat solat..
2. pelanggan kami
apa yang menarik dalam pelanggan kami adalah mereka suka menghabiskan duit beratus-ratus demi menikmati makanan.. tak kesah lah kan, tapi ada yang selalu datang bertandang.. sungguh mereka tidak suka berjimat cermat..  ada yang beratus-ratus ringgit, hingga kenyang dah lupa tanggungjawab akhirat ..kemudian ketawa sana ketawa sini langsung tidak menunjukkan ciri-ciri beragama.. ada yang siap menengking lagi bila lambat dilayan.. menambahkan dosa sahaja..
3. suasana kami..
dalam sehari hampir 10 kali lagu lady gaga diputarkan.... yup, pelanggan dihiburkan dengan lagu-lagu dajal membuatkan mereka berselera menikmati makanan.. ada yang saya lihat sempat goyang-goyang kepala lagi.. dengan lagu itu membuatkan mereka rasa tidak rugi membuang duit begitu sahaja..
4. sikap pelanggan
sikap pelanggan yang saya perhatikan kebanyakannya suka membazir.. oder banyak-banyak tapi makan punya ciput.. kalau rasa tak dapat habiskan, berpada-padalah sikit.. kalau bungkus makanan bawa balik okeylah juga.. ni buang rezeki begitu sahaja..
5. makanannya
disitu saya sebagai pekerja pun tercari-cari makanan yang sihat.. minuman air mineral terpaksa saya bawa dari rumah.. apa taknya, situ langsung tiada makanan yang sihat.. minumanya yang berkarbonat je.. ditambah lagi makanan yang berlemak, waw! pasti aroma yang terhasil selepas beberapa jam makanan itu dicerna dalam perut akan lebih kick.. 

begitulah keadaanya.. mungkin ramai yang tak perasan.. itulah sebab kita ni terlalu fiirkan duniawi, sampai akhirat pun kita lupakan.. oleh itu, sambil main-main online Fb tu renung-renungkanlah.. 
wassalam..

P/S: saya nak minta maf kepada insan yang pernah terkesima kerana saya.. 
yang lemah lagi tidak sempurna,
                   Touvan Fatailah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...