Jom CEK!

Saturday 21 January 2012

Pengorbanan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalammualaikum kepada yang membaca


hari ini saya sangat bersyukur kerana terdetik ruang kosong untuk saya duduk dan menulis perkara yang boleh saya kongsikan. alhamdulillah.

hari ini saya nak cerita tentang maksud disebalik pengorbanan.. saya bukanlah warga yang bijak pandai yang bisa merungkai sesuatu dengan tepat. saya cuma ingin berkongsi pendapat dan belajar memperbaiki diri..

baiklah hari ini satu perkataan yang sangat bermain2 di minda kepala saya ialah 
PENGORBANAN
-pengorbanan - bagi pendapat sayalah ialah apabila kita terpaksa gadaikan sesuatu sama ada harta, tenaga mahupun nyawa demi mendapatkan sesuatu..

kenapa saya ingin membincangkan hal ini?
kerana kita semua realitinya sekarang hidup tanpa pengorbanan yang kukuh..
contohnya, jika kita masih belajar disekolah, ramai pelajar yang tidak sanggup mengorbankan masa mereka, tenaga mereka, duit mereka dan segalanay yang berkaitan dengan pelajaran..
wal hal, perkara itu penting..
pembentukan remaja zaman sekarang ni sangat pelik.. kebanyakan yang tersimpang itulah yang mereka ikut..
benda yang sangat jelas akan buruknya menjadi samar2 dan susah untuk membenarkan. 
manakala benda yang sudah terang lagi bersuluh akan keburukannya sangat susah untuk mengatakan salah..

setiap yang kita lakukan di dunia ini perlukan pengorbanan.. sedangkan mau berak di tandas pun kita kena korbankan duit 20 sen ( di I Borneo 30 sen, cekik darah habis ) 
semuanya kita kena lakukan pengorbanan kerana kita hidup ini semuanya terbatas dengan duit..
sebab itulah kita kena berkorban masa, berkorban tenaga, orang situ dok sibuk melalak2 kita pula berkorban duduk dibilik dan mengulang kaji pelajaran.. dan lepas habis belajar, belajar lagi kemudian kerja.. dan kita kena kerja dan kerja, bayar itu ini, kalau tidak, jadi pelakon di jalananlah nampaknya, pelakon berdrama bersiri tahap kesian minta sedekah, 
umur belas2 membesar di sekolah, umur puluh2 tua di pejabat.. kalau dunia ini ada 30 jam, 30 jam juga terpaksa berkorban .. demi sekeping kertas yang sangat berharga untuk beli keropok Tam2..

TAPI!!


pernahkah kita berkorban demi Pencipta kita??
sanggupkah kita melepaskan segala urusan duniawi demi sujud kepada Tuhan kita?
orang sibuk kumpul duit, kita pula sibuk kumpul amal ibadat..
orang sibuk sambut perayaan itu, perayaan ini, parti liar sana, parti liar sini,
kita pula kelelahan membuat amalan kepada Allah..
oleh sebab itu
semua ini, masa kita, tenaga ini  tidak  akan mampu untuk meneguhkan hati kita, 
tidak akan cukup untuk kita buat semua itu tanpa namanya
PENGORBANAN
sebut baik2,
PE - NGOR - BA - NAN


orang rasa kita rugi,
orang tengok kita, aduhai kesiannya dorang,
orang ketawakan kita,
orang pandang rendah terhadap kita..
namun percayalah
pengorbanan yang kita lakukan itu lebih berharga dari titik peluh yang mereka usahakan.


saya tidak minta anda untuk 24 jam hanya sembahyang memanjang,
TIDAK!!
kita ada 24 jam..
kenapa 24 jam itu semua untuk dunia..
apa kata bahagi2 12 jam dunia 12 jam akhirat..
dengan itu kita adalah manusia yang mendpat kemenangan..


baiklah, baik datang dari Allah,
yang lemah biut datang dari kelemahan saya sendiri
nota ringkas saya:
MASA + TENAGA + PENGORBANAN = KEMENANGAN


wassalam,

Touvan Fatailah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...